Rakan Blogger

Tuesday, April 19, 2011

Persembahan di Perhimpunan Petang

Minggu lalu, saya pun tidak pasti tarikhnya bila. SK St Patrick telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan coral speaking. (Kalau tak salahlah). Namun, sekolah kami mendapat tempat yang ketiga. Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Guru Penolong Kanan Petang. So pada perhimpunan petang kelmarin (18 hb April 2011), murid - murid yang mewakili sekolah diminta membuat persembahan mereka di hadapan rakan - rakan mereka.

Mereka terdiri daripada murid - murid tahun 3. Persembahan mereka cukup menarik sehingga murid - murid tahun 1 tertarik dan sanggup berdiri untuk menyaksikan persembahan tersebut. Walaupun diarahkan duduk. Bagi saya, persembahan mereka cukup bertenaga dan menarik perhatian. Namun, adat pertandingan dan tuah badan. Hehehe...mungkin tahun depan boleh cuba lagi.

Di kesempatan itu, Guru Penolong Kanan Kokum diberi penghormatan untuk memberi hadiah kepada semua murid - murid yang menyertai pertandingan tersebut. Melihat wajah mereka pada ketika itu, cukup riang dan ceria. Seperti mereka yang juara. Biasalah kanak - kanak. Apapun inilah sebahagian aktiviti yang telah disembahkan oleh mereka pada petang tersebut.
















2 comments:

Gen2Merah said...

memang berbakat sungguh murid2 ini. tahniah pada guru2 mereka yang banyak memberi tunjuk ajar..

Ums Niza said...

makasih geng...semua usaha guru bahasa inggeris sekolahku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...