Boleh dikatakan setiap minggu saya ke sini namun tidak ada kesempatan untuk meronda - ronda sekitar kawasan Pasar Tanjung, Tawau atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan pasar besar, Tawau. Pasar Tanjung, Tawau dibina pada tahun 1995 dan telah siap dibina pada tahun 1999. Ia merupakan tempat tumpuan ramai tidak kira dari daerah mahupun negeri.
Teringat sewaktu saya masih belajar di maktab, seorang pensyarah saya datang ke Tawau. Ayat pertama yang ditanyanya kepada saya adalah
"Di mana Pasar Tanjung? Boleh bawa saya ke sana?"
"Di mana Pasar Tanjung? Boleh bawa saya ke sana?"
Wah! tidak sangka, namanya gah disebut di semenanjung. Menurut rakan - rakan saya yang berasal dari Tawau (saya orang Semporna...kurang arif dengan Tawau). Kos pembinaan pasar ini menelan belanja 17 juta dan bangunan ini boleh menampung 6000 gerai. Ia mempunyai dua tingkat.
Di dalam pasar ini, terdapat kawasan pasar kering, pasar basah dan di tingkat atas sekali adalah gerai makan. Kawasan ini juga merupakan himpunan amplang dijual, ikan terubu masin dan segala jenis spesis ikan kering termasuklah keropong ikan.
Jika kita pergi ke pasar ini, kita boleh mendengar pelbagai dialek bahasa yang digunakan. Namun bahasa penghantarnya tetap bahasa Malaysia. Kalau tak susah mahu berkomunikasi. Pasar ini sentiasa menjadi tumpuan ramai terutamanya musim perayaan. Jom kita lihat apa yang saya sempat ambil gambar -
Gerai Makan
Pandangan dari atas. Kawasan Pasar Ikan
Tempat letak kereta. Penuh saja
Pasar Basah - tingkat paling bawah
Tingkat Satu - Gerai menjual barang - barang perhiasan, pakaian dan sebagainya
Pintu Masuk Keluar
2 comments:
Pasar Tanjung adalah mercu kemegahan daerah Tawau. kerana di sini lah terdapatnya barang-barang dan bahan mentah yang sangat murah harganya. Warga malaysia yang dtg berkunjung ke Tawau tidak sah rasanya kalau tak singgah di sini. pastinya tempat ini akan menjadi perbualan bila balik ke halaman masing-masing. semoga pihak MPT dapat melaksanakan pembaharuan untuk memajukan lagi sistem pembangunan di pasar tanjung tawau ini
betul tu cikgu....dulu masa aku masih di Lahad Datu, tempat nielah yang selalu kami singgah....
Post a Comment