31 hb Mac 2011 merupakan hari bersejarah bagi saya kerana buat kali kedua saya sebagai guru baru melaporkan diri ke sekolah baru. Dan mungkin kali pertama juga kes macam saya nie berlaku. Guru yang baru posting dan tidak lama di sekolah lama diarahkan pindah ke sekolah lain. Rata - rata ramai guru di sekolah baru saya nie terkejut apabila saya menyatakan bahawa saya merupakan guru baru berpengalaman 7 bulan sahaja.
Walaubagaimanapun, saya terima secara terbuka dan pasti ada hikmah disebaliknya. Terus terang, saya masih rindukan sekolah lama saya. Demi tugas negara dan arahan saya terima semuanya. Guru - guru di sini semua mesra dan peramah. Mereka lebih banyak bercerita mengenai pengalaman mereka berada di sekolah ini. Yang pastinya mereka ingin berkongsi ilmu dan pengalaman bersama saya.
Sebelum tiba di sekolah baru saya, sesaknya jalan raya. Hampir 5 minit saya terperangkap dalam sesak. Berbanding di sekolah lama, sekejap je sudah sampai sekolah tanpa kesesakan lalu lintas. Sekolah ramai murid dan tambahan lagi banyak sekolah berhampiran dekat sekolah ini. Banyaklah kereta dan bas sekolah.

Hari pertama saya bertugas, saya telah menerima 3 kelas ganti. Gurunya ada kursus. So ini merupakan tugasan saya yang pertama. Pada kelas pertama, saya tidak menghadapi masalah
kerana murid - murid pandai - pandai belaka. Kerja yang diberikan dapat disiapkan dalam masa 15 minit. Terkejut saya. Mungkin saya terbiasa dengan murid lama saya dan ia janggal bagi saya.
Kelas kedua, murid - muridnya sederhana sahaja. Mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa 30 minit dan kelas yang terakhir petang tadi. Mereka dapat menyiapkan dalam masa 1 jam. Berbeza jauh. Seperkara lagi, cabaran yang pertama saya kena hadapi ialah mengawal murid seramai 44 orang...ramai tu...jom kita lihat gambar di bawah

Sesaknya lalu lintas dihadapan sekolah
Kelas Pertama
Kelas Kedua
Kelas Ketiga
2 comments:
sudah aku follow...ko..tinguk bah..yang gambr perempuan.....bertutup...mulut 2
hahahaha...rupanya...apasal guna nama perempuan tu.hish ....hish
Post a Comment