Rakan Blogger

Sunday, March 6, 2011

Kehilangan Seorang Kawan Selama 16 Jam

Pagi tadi, tengah membaca blog orang lain dan berfacebook sekali. Saya terima mesej dari kolum sembang facebook. Kawan saya memberitahu bahawa kawan kami bernama Ali semalam tidak balik - balik dari rumah. Kononnya emaknya si Ali nie menelefon kepadanya. Aduh! terkejut juga aku diberitahu macam tu. Hish!  budak nie ke mana menghilang. Aku pun risau gak.


Kami semua menjadi tidak menentu. Iyalah kami yang last kali berjumpa dengannya. Sebenarnya, semalam kami ada bermain badminton bersama - sama. Singgah sekejap makan di kedai makan area Uni Villa selepas bermain. Sayalah orang pertama keluar dari kumpulan mereka. Sebab dah lewat. Tidak mahu risaukan isteri di rumah.

Walaupun saya awal balik, tetapi saya juga kena tempiasnya. Sebab kami yang orang terakhir berjumpa dengannya. Hish!...orang nie tidak ingat dunia ke? Patutnya beritahu ke mana pergi? Mahu tidur di mana supaya orang lain tidak risau. Lebih - lebih lagi orang tua (ibu bapa). 

Akhirnya, dia muncul dan memberitahu kat member - member lain. Katanya tidur kat rumah kawan lain. Kawan mana pula nie? Apapun dia selamat tapi membuatkan orang lain risau. Cerita selanjutnya kat ada pada blog member ku nie....klik je...kalau korang nak taw juga cerita selanjutnya.
http://gen2merah.blogspot.com/2011/03/jangan-buat-orang-tua-kita-risau.html


3 comments:

Ce'gu JAERA said...

hahahaha.. Ali oh Ali.. nakkal betul si Ali ni..

Ce'gu JAERA said...

hampir lagi kita jadi saksi penting ums... tu pun kalau dah buat laporan polis. seb baik.. hehe..

Kancil 8349 said...

tu lah geng...malas aku jadi saksi nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...