Rakan Blogger

Tuesday, March 15, 2011

Jalan - Jalan ke Pekan Semporna

Hari kedua cuti seminggu dalam bulan Mac. Pada awal pagi, tidak tahu mahu buat apa. Macam mahu tidur je. Tiba - tiba saya menerima panggilan daripada kawan saya. Gen2Merah. Beliau mengajak saya ke Semporna. Temankan rakan kami yang berkerja. So saya pun dah boring tidak tahu mahu buat apa. Terus setuju dan menunggu mereka di luar simpang masuk rumah saya.

 Bangunan USIA

Dalam perjalanan, hujan turun dengan hebat. So kena pandu kereta perlahan - lahan. Kereta yang dipakai adalah kereta syarikat. Kami berdua cuma menumpang je. Mahu hilangkan boring. Setiba di pekan Semporna, kami terus menuju ke IPD Semporna. Member tu mahu buat kerja di sana. So kami menunggu si member nie di kantin. Kerjanya mahu memperbaiki printer.

Setelah selesai, kami menuju ke Jeti baru dekat Kampung Bangau - Bangau. Lupa saya apa nama jeti tu. So apa lagi, beraksilah kami mengambil gambar. Dalam masa yang sama saya menceritakan sesuatu mengenai kawasan tersebut. Hehehe...

Destenasi seterusnya adalah Tanjung Kapor. Saya mahu tunjukkan kepada kawan saya mengenai rumah yang bertiangkan kayu balak. Gen2merah ada mengambil gambarnya. Saya menunggu blognya nanti. Setelah selesai kami balik ke pekan Semporna. Kali ini ke Floating. Tujuan tetap sama mahu ambil gambar. 

Pasar Ikan Semporna

Akhir sekali kami ke pasar ikan Semporna. Mahu membeli ikan kayu dan ikan putih. Member - member kata ikannya segar dan murah lagi. Sudah murah besar lagi. Saya cuma melihat gelagat mereka tawar menawar harga ikan di pasar tersebut.

Dalam pukul 3 petang, kami berangkat balik ke Tawau. Mahu balik cepat sebab ada latihan badminton malamnya. Nasib je hujan tidak turun sepanjang perjalanan. Disebabkan masa juga kami tidak sempat ke Bukit Tengkorang dan Tampi - Tampi. 



2 comments:

Gen2Merah said...

tak puas plak mau berjalan kan... macam mau2 lagi.. hehe

Ums Niza said...

Sabar geng..nanti kita pergi sendiri...aku bawa korang tempat - tempat yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...