Gambar Hiasan
Semasa saya menaip blog saya nie, saya telah selesai meronda kawasan tapak perkhemahan. Saya ingin memastikan anak - anak murid saya tidur sebelum saya pergi tidur. Sebelum tidur, saya sempat lagi menulis blog untuk hari ini..hehehe...
Tepat pada pukul 6 pagi, saya tiba di SK Kampung Titingan. Kawasan sekolah masih sunyi sepi. Dan kebanyakan murid masih berada di kantin untuk mengerjakan ibadah solat subuh. Tidak sampai 5 minit, murid - murid mula bergerak ke khemah masing - masing untuk membersihkan diri mereka. Saya menunggu anak - anak murid saya di tempat pengambilan makanan. Mahu ambil tempat awal.
Tepat pada pukul 8 pagi, acara bermula dengan aktiviti yang dirancangkan oleh pihak penganjur. Saya berada di pos berkawad bersama - sama rakan sekerja. Saya membantu mereka dengan mengajar murid - murid dari sekolah lain mengenai cara berkawad yang betul. Walaupun saya merupakan guru TKRS, cara berkawad tidak ada beza yang jauh.
Pada sebelah petangnya, murid - murid di minta memasak ala rimba mengikut sekolah masing - masing. Pelbagai gelagat guru dan murid boleh dilihat. Air mata meleleh keluar disebabkan terkena asap. Lucu gak tengok. Pihak penganjur telah memberitahu bahawa guru - guru hanya menjadi pengadil untuk aktiviti ini dan tidak sangka pula, mereka pula yang banyak membantu murid - murid.
Sebelah malamnya, malam kebudayaan bab 2 diadakan. Sekolah kami masih lagi berlatih sedangkan acara kebudayaan telah pun bermula. Mana tidaknya kami, merupakan kumpulan kedua terakhir membuat persembahan. Apapun, anak - anak murid saya telah membuat persembahan yang terbaik dapat mereka lakukan. Syabas untuk mereka kerana berani membuat persembahan dalam masa 12 jam persediaan.
Esok merupakan acara penutup. So kena tidur awal untuk esok. Aduh! sekarang nie dah pukul 3.47 pagi. Dan pada masa ini juga, ada beberapa orang guru masih berjaga sambil menonton filem thailand "Ong Bak 2"... Seronok gak filem nie............hehehe, kejap lagi saya nak tidur dalam kereta.
Mau bermimpi indah....
No comments:
Post a Comment