Rakan Blogger

Thursday, March 3, 2011

Melatih Murid Bernasyid

Semasa saya di dalam kelas, mahu mengajar murid - murid tahun 4 Amanah. Datang seorang murid tahun 2. Dia memberi salam dan memberitahu bahawa semua murid yang menyertai nasyid diminta turun ke  dewan serbaguna. Saya ingatkan hanya dua tiga orang yang terlibat. Rupanya satu kelas. So saya akhiri kelas saya dengan mengizinkan murid - murid saya keluar dari kelas. Bukan apa, mereka terpilih untuk program esok iaitu Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.


Memandangkan masa saya sudah lapang, so saya pun join sekaki tengok persembahan mereka. Dah mula sibuk murid - murid saya berlatih. Nasib lagu tu biasa mereka dengar dan tidak merasa kekok bagi mereka. Belum sempat saya duduk, datang seorang guru kepada saya. 

"Baguslah kau datang Cikgu! Tolong bah ajar murid - murid nie bagaimana nak menyanyi. Cikgu kan guru Muzik?"

'Aduh! kena lagi.' Tapi best gak. Ndak buang masa saya di sana. So saya ajarlah bebudak nie. Sebenarnya saya nak mengambil pengalaman sikit dari sekolah nie. Supaya tidak kekok orang kata. Mengajar murid nie bukan senang sebab banyak benda yang menganggu tumpuan mereka. Tahulah kanak - kanak penuh dengan imaginasi mereka yang mungkin sukar bagi kita untuk mengetahu lebih - lebih lagi kanak - kanak dari luar bandar.

Lain yang disuruh lain pula yang mereka buat. Apapun kita tabah dan cekal. Nie manusia yang kita nak bentuk dan bukannya benda mahupun sesuatu. Harap - harap mereka dapat melakukannya esok. Saya ndak sempat melihat raptai mereka tadi sebab saya diminta menghadiri mesyuarat guru - guru tahun 6. Ia berkaitan dengan program motivasi tahun 6.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...