Kalau nak kerja mudah, copy je dari buku soalan. Lagi senang kerja. Tetapi itu bukan kerja berhemah namanya dan lagipun silibus tidak semua habis. Kenalah buat soalan sendiri...bina soalan sendiri. Pening kepala memikirkannya.
Kena buat 4 kertas soalan ujian untuk bulan Mac nie. Semua soalan kena ikut format dan tahap penguasaan murid. Tu yang kena berhati - hati. Bulan nielah yang paling sibuk saya rasa berbanding 2 bulan sebelum nie. Ada 2 bulan lagi sebelum bulan Mei. Tu pun kena bersedia untuk soalan peperiksaan. Inilah salah satu usaha guru. Tapi lebih kecewa bila anak didik kita gagal dalam ujian kita. Bukan tidak diajar tetapi asyik main dan malas belajar. Ini yang membuatkan ramai guru bimbang. Bila murid gagal, gurulah yang disalahkan tetapi bila murid berjaya...aduh nama guru langsung tidak disebut. Lumrah manusia...
No comments:
Post a Comment