Rakan Blogger

Monday, March 14, 2011

Bila Kita Berbudi Dibalas Dengan Pengkhianatan

Mungkin ada di antara kita pernah mengalami ungkapan yang saya berikan pada tajuk entri saya hari ini. Bila diingat pasti di antara kita geram dan marah malah ingin membunuh orang tersebut. Kalau  boleh lenyapkan dia dari muka bumi. Tapi apakan daya kita ada undang - undang negara yang perlu kita hormat dan patut. Kalau tidak sudah, mati ditikam dihujung keris mahupun parang.

Siapa sangka kawan akan menjadi lawan. Kawan yang menikam kita hidup - hidup secara halus tapi berbisa. Kawan juga yang menyusahkan kita dalam semua keadaan. Itu pun, jika kita memiliki kawan yang tidak  bertanggungjawab. Tahu bercakap dan pandai memutar belit fakta. Berhati - hatilah memilih kawan.

Dua perkara yang akan memusnahkan persahabatan seseorang iaitu perempuan dan duit. Yang paling ramai adalah duit. Duit ini membuat kita rabun dan buta menilai hati dan budi seseorang. Duit juga membuat kita alpa dan leka. Duit ini juga membuat kita lupa pada jasa dan budi pada kawan. Kerana duit juga kita lari dari kawan. Malas mahu bayar hutang.

Orang yang berbudi dibalas dengan pengkhianatan. Macam menjadi lumrah alam pula. Tidak mengenang jasa orang yang berbudi. Malah kalau boleh dicari kelemahan dan keburukan orang yang berbudi demi menutup kesalahannya. Demi menghancurkan orang yang berbudi. 

Apapun nasi sudah menjadi bubur. Bila terhantuk baru terjaga. Begitulah kita sebagai manusia. Tidak lari dari kesilapan. Kesilapan memilih kawan yang hidup untuk menyusahkan hidup orang lain. Bukan semua yang saya maksudkan cuma mereka - mereka yang suka menyusahkan hidup orang. Dan bagi mereka yang memiliki kawan yang sungguh bertanggungjawab dan perhatin. Jagalah mereka sebagai saudara kandung sendiri. Kerana jarang ada kawan macam tu. 

Sebagai insan biasa, kita mampu berdoa dan berharap kita tidak seperti mereka dan tidak akan berjumpa dengan orang - orang seperti ini lagi di depan mata kita. Menyakiti hati. Sudah ditolong buat masalah pula. Diharap, para pembaca yang membaca ini blog saya ini.

"Ingatlah! Jika kita susahkan hidup orang lain, suatu masa nanti kita akan disusahkan oleh orang lain malah lebih teruk apa yang kita pernah buat kepada orang lain."

Mereka berkata mengapa kedekut nak bagi pinjam duit. Sedangkan merekalah yang paling kedekut dari segi tenaga dan masa. Tidak berusaha mencari duit melainkan meminjam duit orang tetapi tidak mahu membayar balik. Malah banyak alasan diberi bila ditagih balik. Biarlah orang kata kita nie kedekut tetapi hati kita tidak menderita kemudian hari. Biarlah kita sakit hati dicemuh oleh kawan kerana kedekut daripada kita sakit hati sambil makan hati dengan karenah kawan yang banyak memberi alasan yang entah apa - apa je.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...