Rakan Blogger

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Keadaan tsunami melanda Jepun

Tsunami melanda negara Jepun sekitar 2 petang pada waktu tempatan. Ia berlaku selepas gempa bumi berukuran 8.8 pada skala ricther yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. Ketinggian ombak tsunami dianggarkan setinggi 30 kaki hingga menghanyutkan semua kereta dan bangunan sekitarnya.

Kita sedia maklum, bahawa negara matahari terbit ini merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Keadaan ini pasti berlaku dan kita tidak mengetahui bila dan di mana. Apapun, kesian kepada negara Jepun. 

Istilah tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.
 
 
Di Malaysia, amaran telah dikeluarkan kepada semua rakyat agar berjaga - jaga. Mereka yang berhampiran dengan pantai harus berpindah berkemungkinan air akan naik. Dan sehingga kini, tiada berita yang tidak baik berlaku di sekitar Malaysia.

Di Tawau, pihak polis telah membuat pengumuman di sekitar bandar. Langkah berjaga - jaga perlu diambil. Bagi kebanyakan warga Tawau, mereka sentiasa bersiap sedia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...