Kalau nak diceritakan tempat nie, mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebenarnya, inilah tempat saya berlatih berenang. Banyak kenangan di tempat ini. Kenangan dari kecil hingga ke saya mendirikan rumah tangga. Nama tempat ini ialah Kampung Silawa yang terletak di Pulau Bait berhadapan dengan Pulau Larapan.
Perjalanan menggunakan kapal laut mengambil masa 40 minit untuk sampai ke kampung ini dari pekan Semporna. Jika kita menaiki bot enjin sangkut, paling kurang 15 minit atau 10 minit perjalanan. Kampung Silawa merupakan perkampungan nelayan masyarakat Bajau. Dan ia merupakan kampung ayah saya sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Kampung Bukit Sakong, Semporna.
Setiap kali kami ke sana, pastinya kami menghabiskan masa dengan berenang di laut. Tidak kira teriknya matahari, air pasang atau surut dan hujan. Kami tetap turun ke laut. Itu masa kanak - kanak. Bila dah dewasa nie, minat pada memancing pula. Iyalah, kawasan yang kami singgah berjauhan dari kampung. Kami tinggal di tengah - tengah laut. Sebenarnya, ada rumah yang dibina oleh pak cik saya. Beliau memelihara ikan untuk dijual. Selain itu tempat untuk berehat dan lari dari kesibukan kerja di pekan.
Saya bukanlah kaki pancing, tetapi bila ramai sepupu - sepupu dapat ikan. Geram pula hati saya. So saya pun ikut sekaki dengan mereka. Seronok memancing. Lebih seronok bila dapat ikan. Tarikan ikan tu yang paling menarik. Di kawasan ini juga ada sotong. Saya tidak pernah dapat sotong. Mungkin belum pandai lagi. Hehehe...tengah belajarlah. Apapun, asal cuti sekolah, saya dan sepupu saya pasti akan ke sana.
Dibawah ini ada beberapa gambar mengenai kawasan tersebut. Jom kita lihat :
Tempat pelihara ikan
Cantiknya pemandangan di dasar laut
Sampan yang digunakan untuk memancing
Pulau Larapan
Nun jauh di sana Pekan Semporna
Tempat memancing ikan
Rumah di tengah laut
Keadaan rumah di tengah laut
Pulau Bait (Kampung Silawa)
6 comments:
esok kita p sini ya
pok..mahu ke sana tu kena bermalam lagi...hehehe...
ooo ya ka... nanti2 ;ah cuti2 panjang ka kan.. hehe
kita bermalam di sana nanti dil....
cantik kampung ni..btw follow d sini..=)
lagi cantik bila wat malam...
Post a Comment