Rakan Blogger

Wednesday, March 2, 2011

1 Murid 1 Sukan

Apa sebenarnya yang dikatakan 1 Murid 1 Sukan nie? Kebanyakan guru rasa keliru sedikit dengan dasar ini. Walaupun ia telah lama wujud, namun tidak semua sekolah menekankannya. Dasar ini memberi penekanan terhadap penglibatan setiap murid di sekolah dalam aktiviti sukan. Ia lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan yang mereka minati tanpa mementingkan prestasi mereka


Sebenarnya, dasar ini bertujuan untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah dalam negara. Di samping itu ia dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dikalangan murid - murid sekolah. Melalui sukan juga, interaksi antara murid - murid boleh berkembang dengan maju berbanding di dalam kelas sahaja.

Di dalam dasar ini juga, murid - murid diberi peluang memilih sukan yang mereka minati. Dan ia merupakan cabaran baru bagi semua guru kerana tidak semua sekolah mempunyai kelengkapan yang baik dan cukup untuk memenuhi kehendak murid. Apapun, dasar ini amat baik kerana boleh menyimbangi jasmani murid - murid di seluruh negara yang sekarang ini kurang melakukan aktiviti luar rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...