Rakan Blogger

Tuesday, March 1, 2011

Setiausaha Kokurikulum Sekolah

Jawatan ini, bagi saya agak mencabar dan penuh dugaan. Ia merupakan satu kerjaya yang bukan dalam bidang saya. Bukan tidak pernah menyandang jawatan sebegini cuma berlainan sebab ia mengenai Kokurikulum sekolah. Jauh tu. Namun saya terima secara terbuka dan melakukannya kerana ia adalah satu pengalaman yang perlu saya ambil walaupun saya tahu ia agak berat. 

Tapi saya selalu berkata, jika mereka sebelum ini boleh melakukannya mengapa saya tidak. Mungkin yang terbaik saya boleh buat. Itulah yang selalu saya sematkan di dalam hati saya.


Jika kita lihat kat gambar di atas. Ini adalah salah satu tugas yang perlu dipikul oleh SU. Memanggil ahli untuk menghadiri mesyuarat. Ini hanya gambar hiasan sahaja. Untuk memanggil ahli, kena ada surat panggilan supaya semua ahli bersedia dan tahu perkara apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kelak. So, kena jaga ayat jugalah. Kalau tidak, ada yang kena hentam...sebenarnya untuk menghangatkan suasana meeting tu.....

Apapun ini merupakan pengalaman pertama saya menyandang jawatan SU Kokurikulum sekolah. Macam banyak benda perlu diperbaiki terutamanya dokumentasi dan pelaksanaan. Harap - harap semua dapat dilaksanakan dengan baik. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...