Selalunya kita rasa tidak senang bila hujan turun sebab banyak aktiviti terhalang bila hujan turun. Tidak boleh bergerak ke sana sini. Takut nanti sakit. Basah kuyup dan sebagainya. Apapun ia adalah rahmat dan rezeki untuk kita semua. Kalau tidak ada hujan, tidak akan ada air di dunia nie.
Hujan merupakan kerpasan cecair, berlawanan dengan jenis kerpasan bukan cecair seperti salji, hujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.
Fenomena alam
Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.
Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas. Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang. Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir. Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m² = 1 mm).
Tempat yang air hujannya kurang daripada 254 mm (10 inci) setahun dipanggil gurun, manakala jumlah hujan yang lebih daripada 510 mm setahun diperlukan untuk tujuan pertanian. Tetapi sekiranya jumlah hujan lebih daripada 2540 mm setahun, tumbuhan liar boleh menjadi amat subur sehingga mengancam tanam-tanaman.
Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas, tetapi ini tidak tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara 1 - 2 mm.
Kebudayaan
Beberapa kebudayaan telah membentuk kebencian kepada hujan dan telah mencipta pelbagai peralatan seperti payung dan baju hujan. Ramai orang juga lebih gemar berkurung di dalam rumah pada hari hujan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang bersetuju bahawa bau tumbuhan/persekitaran selepas hujan amat menyegarkan.
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hujan
No comments:
Post a Comment