Khabar mengenai perkhemahan ini telah lama saya ketahui. Sebelum MTQ lagi. Namun saya tidak menyangka bahawa saya telah dipilih untuk menjadi guru pengiring bagi sekolah saya. Itu pun pada hari bermula perkhemahan gabungan tersebut. Semuanya bermula di sekolah apabila seorang guru memberitahu bahawa saya telah dipilih. Tetapi saya tidak dapat hadir pagi tersebut kerana saya ada kelas.
Saya hanya pergi pada waktu petang. Tempat perkhemahan tersebut diadakan di SK Kampung Titingan. Tidak jauh dari bandar Tawau. Hmmm...pada hari ini, satu kebakaran telah berlaku berhampiran dengan sekolah tersebut. Hampir 30 buah rumah yang musnah dijilat api. Sekolah tersebut kelam kabut dibuatnya.
Apapun benda sudah terjadi. Perkhemahan tetap diteruskan. Setiba saya di sekolah tersebut. Saya melihat ramai murid yang bertiarap di atas padang. Terkejut juga saya. Kenapa mereka dibuat macam nie? Rupanya ia hanya satu gimik. Pihak penganjur ingin melihat rasa tanggungjawab murid terhadap kesalahan yang mereka lakukan dan sikap tidak tuduh menuduh antara satu sama lain.
Pada sebelah malam, ada acara persembahan kebudayaan. Banyak sekolah yang mempamerkan persembahan yang menarik. Yang menarik perhatian saya ialah persembahan dari SK Balung. Mereka mempersembahkan tarian Kokos. Sungguh unik dan menarik tarian tersebut. Selain itu, persembahan secara unplugged (betulkah istilahnya tu...tolong betulkan yeah) yang dibuat oleh murid - murid SK Holy Trinity cukup menarik perhatian. Mereka menggunakan alat muzik seperti Keyboard Muzik dan Biola. Terpegun para penonton.
Esok barulah sekolah kami pula yang membuat persembahan dan saya yang melatih anak - anak murid saya. Aduh! Bukan pandai sangat pun. Tetapi saya terima sebagai cabaran dan pengalaman. Saya cemburu dengan semangat daripada guru - guru dan murid - murid SRJK Kok Ming dan Chung Hwa. Mereka tetap membuat persembahan walaupun baru belajar dan mereka tidak malu ke hadapan pentas. Amat beza dengan sekolah yang menarik diri tanpa sebab.
Esok, saya kena bangun awal dan pergi awal ke sekolah tersebut. Mahu membantu yang mana perlu.
No comments:
Post a Comment