Walaupun saya merupakan guru Bimbingan Dan Kaunseling dan mengajar subjek Bahasa Inggeris, saya sekali lagi diberikan peluang oleh pihak sekolah untuk mengiring murid - murid sekolah saya ke Perkampungan Bahasa Dan Sastera Peringkat Daeraha Tawau 2011. Sebenarnya, ini merupakan tugas saya terakhir sebelum saya berpindah ke sekolah baharu yang mana saya sepatutnya melaporkan diri pada 21 hb Mac 2011. Program ini dianjurkan oleh SK Merotai Besar selama 2 hari 1 malam bermula pada tarikh 25hb Mac hingga 26 hb Mac 2011.
Rasional program ini adalah untuk menguasai sub - sub bahasa di kalangan murid seperti pantun, gurindam, sajak dan sebagainya malah mempertabatkan bahasa Melayu . Manakala matlamat program ini ialah melahirkan murid yang kaya dengan penguasaan sub - sub bahasa dan menyemai rasa bangga terhadap bahasa Melayu. Objektif program ini ialah menjana minda murid dalam penguasaan berkesan dalam mencipat puisi, sajak dan sebagainya. Selain itu melahirkan anak bangsa yang cintakan bahasa dan memupuk kerjasama malah mencungkil bakat baru dikalangan murid.
Wakil Murid SKBP
Tepat pada pukul 7.00 pagi, semua wakil murid tiba di sekolah Batu Payong. Seramai tiga orang murid yang terlibat iaitu Shari Fauzi Bin Sanusi, Athirah Binti Abindin dan Nurfitry Binti Misran. Setelah semua peralatan disimpan di dalam kereta, kami bergerak menuju ke Merotai Besar. Ia mengambil masa satu jam perjalanan dari SK Batu Payong ke SK Merotai Besar. Selain itu, keadaan cuaca yang hujan sepanjang perjalanan kami.
Kawasan SK Merotai Besar
Tepat pada pukul 8.00 pagi, kami tiba di SK Merotai Besar. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan jalan raya utama Tawau - Kalabakan. Dari jalan utama, kami melihat belum ramai murid sekolah dari sekolah tiba. Seperti kami pasukan terawal. Kami terus ke meja pendaftaran untuk mengesahkan bahawa sekolah kami menyertai program tersebut. Setelah sesi pendaftaran selesai, saya mengiringi murid - murid saya ke dewan serba guna sekolah tersebut seperti gambar di atas. Sebanyak 43 buah sekolah di daerah Tawau dan seramai 133 orang murid terlibat dalam program ini.
Tapak Perhimpunan Program (Dewan Terbuka)
Tiga orang wakil SK Batu Payong
Menunggu slot pertama bermula
Murid sekolah lain yang awal tiba
Bermula Program Pertama
Penceramah Cikgu Shamsiah dalam slot Sajak
Salah seorang murid menitiskan air mata mendengar deklemasi sajak
Suasana slot pertama
Setelah selesai slot pertama, semua murid dan guru pengiring di minta bergerak ke dewan terbuka untuk menjamu selera. Ketika itu, ramai guru yang sama - sama mengikut perkhemahan unit beruniform turut serta dalam program ini. Ada kawan juga rupanya.
Meja Pendaftaran Urusetia
Kem Komanden memberi taklimat
Wajah - wajah murid lelaki
Wajah - wajah murid perempuan
Setelah selesai taklimat, murid - murid lelaki diminta bersiap untuk bersolat Jumaat dan manakala perempuan akan bersolat di surau yang disediakan oleh pihak penganjur.
Murid - murid lelaki berjalan kaki ke masjid pekan Merotai
Penuh berdisiplin
Pintu masuk masjid
Tempat mengambil air wuduk
Suasana di dalam masjid
Selesai solat Jumaat, kembali ke sekolah
Sebelah petangnya, murid - murid mendengar ceramah di dewan serba guna. Program ini saya terlupa namanya. Tidak berapa ingat. Namun kita tengok mereka memberi tumpuan sepenuhnya semasa slot ini berjalan.
Wakil SK Batu Payong
Shari tekun membaca
Gelagat beberapa orang murid
Salah seorang murid membaca artikel tersebut
Guru - guru pengiring dari sekolah lain
Tepat pada pukul 4 petang, semua murid di minta bersolat jemaah di surau yang disediakan. Selesai solat, Asar murid - murid diminta pula menukarkan pakaian mereka ke pakaian sukan kerana slot seterusnya adalah slot riadah. Sebelum riadah, semua murid menjamu selera terlebih dahulu.
Banyaknya makanan
Sibuknya guru SK Merotai Besar
Menunggu arahan seterusnya
Mendengar taklimat dari seorang guru SK Merotai Besar
Jangan kamu menyesal kenal saya!
Aktiviti memanaskan badan
Salah satu aktiviti : Mencari kawan mengikut pangkal nama
Aktiviti : Masuk dalam satu kertas
Kreatifnya tapi tidak berjaya
Senaman menyejukan badan
Setelah selesai beriadah, semua murid dan guru pengiring diminta bersiap untuk solat Maghrib. Masa nielah, murid - murid berebut untuk mandi. Guru pula terpaksa menunggu murid selesai mandi sebab tekanan air tidak kuat.
Bersambung...........
No comments:
Post a Comment