Rakan Blogger

Friday, May 3, 2013

Klinik UPSR

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi membaca blog Kancil 8349.

Hari nie, Kancil diberi peluang untuk memberi motivasi di dalam program Klinik UPSR anjuran sekolah Kancil bekerja. Walaupun pada umumnya, Kancil telah memaklumkan kepada semua murid bahawa Kancil tidak terlibat langsung dalam program tersebut. Pada dasarnya, sememangnya Kancil terlibat. Namun, demi objektif motivasi Kancil, terpaksalah Kancil berselindung.

Berbanding tahun - tahun sebelum ini, murid - murid aktif berblog malah ada yang memantau blog Kancil nie. Tetapi, tahun nie berbeza sedikit. Mereka tidak berminat langsung. Mereka lebih berminat pada gosip di facebook dan sekolah. Lupa pada matlamat asal mereka iaitu belajar bersungguh - sungguh. Namun, inilah hakikatnya yang harus diterima oleh guru. Gurulah yang paling risau mengenai akademik murid. Jika gagal adalah pihak yang menuding jari 100% kepada guru.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

21 comments:

Empayar Utama said...

Mungkin kena tukar cara pendekatan yang lain pula kot. Pengaruh facebook amat kuatlah sekarang ni kepada pelajar

Dylla Abas said...

kena buat study-group kat FB kot..mungkin boleh menarik minat diorang semua :)

p/s : lama dah meninggalkan alam sekolah..teringat kenangan masa nak ambil UPSR dulu

fairus said...

MASA AKU DULU TAKDE KLINIK-KLINIK MACAM NI..

Aziela said...

Akak sukaaa motivasi. Akak tak suka facebook dan sangat tak galakkan anak untuk berfb. Berblog masih ok untuk skil mengarangnya yang ke laut. UPSR lagi setahun dia, tapi betul lah, akak dah mula nak menuding jari kat ramai2 orang nie..termasuk diri sendiri.

dhiera said...

apa kata gune medium facebook untuk mengajar anak2.. buat satu group. dan ajar mereka secara langsung atau tidak langsung. insyaallah, murid-murid suke~

Kesuma Angsana said...

murid2 skang mmg lebih advance, kena tau cara tarik minat mereka kan !

KY said...

Alhamdulillah...tahun ini KY dapat berehat, anak KY sudah lepas tahun lalu

Remy hazza said...

tanggungjawab cikgu tu berat...kecemerlangan pelajar jadi taruhan...... semakin hari semakin byk pengaruh...... kena pantau selalu kancil.....

Eza Boom Boom said...

budak skarang mmg gila facebook sikit. post pun bukan2.. huhu.. smoga motivasi dari kancil sampai ke sanubari mereka. ;)

Sakura Sue said...

we as uni sdnt mmg tak boleh klau x on fb. everythng is announced on fb, so tk boleh larilah. uhuk uhuk. klau school stdnt tak twulah hee.

Amanina Mads said...

skrg nie murid2 lebih minat on9 dr ulangkaji kalau ada masa lapang

fiqas Rafie said...

harap-harap budak2 sekolah tu tak terlalu jauh melencong dgn laman sosial ni...

Mas Zull said...

assalamualaikum kancil...moga akan menjadi seorang guru yg baik yer...;)

Malay-Kadazan girl said...

Bahaya facebook ni boleh lalai juga tukang kebun nak buat kerja.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

palajar-pelajar sekolah rendah pun dah semua daftar fb. umur boleh tipu. macam-macam sekarang ni.

eintan nurfuzie said...

pengaruh gosip lagi kuat kan..
so inilah cabaran cikgu..kena guna kekeretifan tuk ciut hati mereka kembali

zeerazahra said...

terlalu berlebihan dgn internet boleh myebabkan pengurangan aktiviti yg lain dlm hidup pelajar..

watch and be careful.

:)

~SaL IjOu~ said...

zaman makin & makin mencabar..~

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen di blog Kancil

Kesuma Angsana said...

bagusnyer !

Mas Zull said...

assalamualaikum kancil...bagus2 nyer...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...