Assalamualaikum dan Salam Satu
Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan
blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Sebelum ini, Kancil ada cerita mengenai
beberapa tempat di Sandakan. Kali ini, Kancil membawa rakan – rakan blogger ke
tempat bersejarah yang wajib korang kunjungi. Tentu korang kenal siapa itu
Agnes Newton Keith. Kalau yang tidak tahu tidak mengapa. Jom kita kenal siapa
dia. Dia merupakan seorang penulis buku wanita yang tinggal di Sandakan.
Beliaulah yang memberi nama gelaran Negeri Sabah sebagai Land Below The Wind.
Selain itu, beliau ada menulis buku
bertajuk Three Came Home yang menceritakan pengalaman beliau bersama anak
lelakinya ditawan oleh tentera Jepun. Mereka telah dipindahkan dari Sandakan ke
Sarawak. Buku ini pernah difilemkan pada tahun 1950. Disebabkan sumbangan
beliau, sebuah rumah kayu tempat kediaman beliau dijadikan tempat bersejarah.
Ia terletak di Jalan Istana di atas bukit berhampiran dengan bandar Sandakan.
Rumah ini dipanggil dengan nama
Newlands. Buku yang menaikkan nama negeri Sabah dan nama beliau ialah Land
Below The Wind pada tahun 1939. Ia telah terkenal sehingga sekarang dan di
dalam buku tersebut menceritakan lebih jelas
mengenai kehidupan masyarakat tempatan pribumi Sabah serta keindahan alam
semulajadi semasa pemerintahan British. Rumah kayu ini merupakan tempat pegawai
konservasi hutan iaitu Hanry George Keith.
Pada tahun 1952, pasangan Keith
telah meninggalkan Sabah dan pegawai yang terakhir tinggal di dalam rumah ini
ialah Tom Bayles pada tahun 1968. Setelah dikosongkan, pelbagai kerosakan telah
berlaku oleh binatang bisa dan penagih dadah. Menurut sumber, pernah seorang
penagih dadah mati di dalam rumah tersebut. Pada tahun 2001, pihak Muzium Sabah
telah menyelamatkan rumah tersebut dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan
melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Jika kita masuk ke dalam rumah, kita
akan merasa berada di zaman penjajahan British. Memang cantik dan ada tempat –
tempat tertentu di dalam rumah ini agak menyeramkan. Seperti di dalam bilik
tidur. Di sini, kita dilarang mengambil gambar. So Kancil ndak dapat kongsikan
sesuatu di dalam rumah tersebut. Namun memang cantik. Ada tv, peti sejuk dan
banyak lagi. Kalau nak tahu, jomlah singgah ke Sandakan.
Terima kasih kerana sudi membaca dan
tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
10 comments:
menarik bunyinya..Tapi banyak muzium pun tak benarkan ambil gambar, macam yg saya pergi baru-baru ni di Pasir Salak. dapat ambil gambar luaran je
tapi mmg selalunya tak bleh snap dlm muzium.. huhu apa2 pun best la jln2.. "_"
Rumah dia pun nampak unik - warisan dulu-dulu kalau dijaga akan lebih bernilai..
wow... bestnye kancil... dh lama x singgah blog kancil ni... naman jer rasa tgk tpt tu...
TU DIA.. MENTERI PELANCONGAN SABAH TENGAH BUAT PROMOSI.. :)
TU DIA.. MENTERI PELANCONGAN SABAH TENGAH BUAT PROMOSI.. :)
bestnye jnjlan muzium. dapat tau byk sejarah.
Lain kali Aina akan masukkan Sandakan dalam kalendar percutian keluarga.
hari tu pegi wedding kawan d sandakan tapi x sempat mo singgah cni.. ruginya.. huhuhu..
ada rezeki pergi lagi
Post a Comment