Rakan Blogger

Wednesday, October 2, 2019

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali 42 Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349


Dalam tahun ini, Kancil telah mengurus dua kejohanan. Peringkat Zon dan terkini adalah peringkat sekolah. Peringkat Zon lebih mencabar kerana melibatkan 13 buah sekolah termasuk sekolah Kancil. Ini merupakan tahun ketiga Kancil mengurus sukan sekolah. Banyak perubahan yang telah Kancil lakukan.

Setiap perubahan pasti ada yang tidak senang. Namun ia memudahkan banyak pihak kerana perubahan yang Kancil bawa kesan pada pengurusan sukan sekolah. Memang betul, kita akan merasa sakit dengan sikap segelintir rakan - rakan yang memang tidak senang namun ia membakar semangat kita untuk membuktikan bahawa kita berada di landasan yang betul.
Di sekolah Kancil ini mempunyai 4 buah rumah sukan dan ia mengikut warna iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Pertandingan sudah pun bermula sejak bulan April lagi di mana acara merentas desa peringkat sekolah dilaksanakan. Rumah sukan Biru telah memenangi 3 emas pada ketika itu. 

Semasa kejohanan, Rumah Sukan Biru merangkul banyak emas, sebanyak 16 buah berbanding pada tahun lalu ia hanya memiliki 8 buah emas. Ini membuktikan bahawa guru - gurunya telah melatih dengan gigih murid - murid untuk menjadi atlet rumah sukan yang boleh dibanggakan.

Itu sahaja yang boleh Kancil kongsikan kepada rakan - rakan blogger. Terima kasih kerana sudi singgah. Maaf terlalu ringkas tapi tidak mengapa yang penting ia sebagai permulaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...