Rakan Blogger

Thursday, February 28, 2013

Jawapan Wordless Wednesday # 56

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas nie Kancil di ambil di Kota Kinabalu...kalau orang dah biasa tengok nie pasti dorang tahu di mana pantai nie. Inilah Pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu. Cantik bukan? Kerajaan tempatan sentiasa membersihkan kawasan pantai ini untuk kunjungan para pelancong.

Nie merupakan kawasan pantai nombor 2. Nun jauh di sana merupakan pantai no 1. Sanalah ada kedai makan seperti sayap ayam dan jagung rebus. Tempat tersebut penuh dengan  pengunjung. Bagi sesiapa yang datang melancong ke Sabah, ini merupakan salah satu tempat destinasi yang wajib pergi. Tambahan lagi, kita boleh melihat matahari terbenam di lautan. Jika berkesempatan...Kancil dah banyak lagi melihat keadaan tersebut. Disebabkan teruja sehingga ndak dapat berkongsi dengan rakan blogger.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday # 56

Asssalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, February 25, 2013

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Zon Bandar Utara 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Minggu lalu, sekolah tempat Kancil bekerja telah melaksanakan Majlis Tilawah Al - Quran (MTQ) peringkat Zon Bandar Utara. Sekolah Kancil menjadi tuan rumah untuk acara tahun ini. Ini merupakan kali kedua Kancil terlibat dalam acara tersebut. Kali pertama semasa Kancil mengajar di SK Batu Payong bersama - sama dengan Cikgu Gen2Merah.

Selama dua minggu persiapan dibuat, sebenarnya sebelum 2 minggu lagi tetapi kerancakan terlihat pada dua minggu akhir sebelum pertandingan bermula. Kancil pula tidak sesibuk seperti rakan - rakan lain kerana Kancil dilantik sebagai pengacara untuk pertandingan hafazan pada hari kemuncak. Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang persiapan tersebut.


Cikgu Faisal sedang mewarnakan sesuatu dan Ustazah Suhaila sedang mendengar bacaan salah seorang wakil sekolah.
 

Persiapan di tapak perhimpunan di mana pertandingan nasyid bakal dilaksanakan

 

Beberapa orang guru sibuk menghias dan Ustazah Norizan sedang memberi taklimat kepada murid - murid mengenai MTQ.
 

Raptai kumpulan nasyid dan dua pengacara majlis sedang berlatih.

Dalam MTQ tersebut, sekolah St Patrick mendapat tempat ketiga. Hanya kumpulan nasyid yang mendapat johan dalam banyak acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada kumpulan nasyid SK St Patrick.  

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, February 22, 2013

Surat Untuk Ibu Bapa Diluar Sana

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Jom kita lihat gambar yang Kancil ambil dari facebook rakan Kancil dan ia seperti diambil dari surat khabar. Apapun kita sama - sama baca ;


"Guru - Guru diingatkan jangan marah, mendenda, merotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja rumah atau tidak mahu belajar. Penjaga berhak mengambil tindakan undang - undang terhadap mereka jika berbuat demikian"

Pergh...ada juga manusia macam nie...lebih baik jangan hantar anak tu ke sekolah. Kami sebagai guru lebih berminat kepada murid - murid yang ingin belajar. Sebab banyak perkara lain lagi yang perlu kami laksanakan di sekolah. Seperti kenyataan seorang rakan guru di Sarawak. Jom kita baca...

Surat terbuka untuk ibu bapa

"tudiah...hahaha! meh sini cikgu payedd nak bgtau..kpd mak bapak yg x brapa nak layak jd mak bapak tu. sila baca dan paham

Wahai mak bapak..tidaklah menjadi kegemaran guru utk memarah membebel merotan dan memukul anak anda? Kami x suka..kami sndr banyak keje nak buat selain dari nak marah anak anda yg ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri..mungkin mewarisi sifat anda tapi mahu tidak kami sbg guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas wahai ibu dan bapa..adakah kamu patuh pd suruhan agama dan tuhan kamu? kenapa kamu patuh? kerana kamu adalah hamba dan kenapa pelajar perlu utk patuh dan laksanakan tugas sbg pelajar..kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu untuk belajar...saya juga patuh pd tuhan dan agama saya...saya juga patuh dan arahan pengetua sedang saya yng cikgu pun boleh dengar cakap...apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit..apakah kuasa undang2 skrg membuatkan bapa dan ibu buta?

Wahai bapak dan ibu..kami para guru tidaklah kejam...tidaklah jahat dan tidaklah gila malah kami rsa lebih ramai guru2 yang menjd gila...mendapat kencing manis, sakit jantung darah tinggi semata2 menghadap muka anak2 anda setiap hari yang kurang ajar dan melawan guru tapi masih kesalahan diletakkan di tangan guru..katanya guru tidak pandai mengajar...wahai bapak dan ibu...kalau dah anak anda menjd tuhan di sekolah membuat undang2 sndr boleh tidur dan x boleh kena marah bila x nak belajar, apa kuasa yg kami ada utuk jadikan anak anda sbg manusia?

kami bukan tuhan yg boleh berikan hidayah..kami bukan nabi  yg bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. kami hanya guru biasa yg mungkin tidak didengari suara. Wahai bapak dan ibu... bila anak anda mendapat keputusan yg cemerlang.. anda akan cakap.."sbb anak saya pandai" bila anak anda mendpt keputusan yng corot...jawapan anda.."cikgu tu x pandai mengajar"

Wahai bapak dan ibu.. kalau dah mcm ni la gayanya... anak anda akan menjd bodoh..dan terus menjd bangang abadi... walaupun guru yng mengajar anak anda itu... adalah guru dari syurga"


Apa pandangan korang? nie banyak lagi komen di facebook mengenai gambar nie...please lah...kesian anak - anak kita jika dibuat demikian...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Thursday, February 21, 2013

Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan Dan Padang Peringkat Zon Bandar Tawau 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Pada tarikh 19 hb Februari 2013, Kancil dan beberapa orang guru telah membawa murid seramai 20 orang untuk mewakili sekolah bagi acara sukan balapan dan padang peringkat Zon Bandar. Setelah dua bulan berlatih, hari tersebut akan membuktikan usaha mereka. Bagi Kancil, ingin menebus kekalahan teruk pada tahun lalu. Di mana sekolah Kancil tidak mendapat sebarang pingat.

Awal pagi, kami semua berkumpul di tapak perhimpunan. Memberi sedikit motivasi dan nasihat kepada anak - anak murid. Semoga mereka bersemangat untuk menghadapi pesaing - pesaing mereka.Tepat pada pukul 7 pagi, kami bergerak menuju ke stadium Tawau yang terletak lebih kurang 4 km dari sekolah. Sebanyak 5 buah kenderaan digunakan untuk mengangkut peralatan dan anak - anak murid.

Sebelum pertandingan bermula, kami memberikan nombor kepada peserta kami. Mereka amat teruja mendapatkan nombor mereka. Tepat pada pukul 8 pagi, acara pertama dimulakan iaitu 100 m saringan lelaki dan perempuan. Hati kami semua berdebar, mampukah kami mendapat pingat pada tahun ini?

Akhirnya kami mendapat keputusan yang cemerlang dengan mendapat keputusan 9 Emas, 5 Perak dan 5 Gangsa. Keputusan yang terbaik sejak tahun 90-an. Ini merupakan kali pertama sekolah kami bolot semua acara kecuali lompat tinggi. Boleh dikatakan semua peserta mendapat pingat pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka semua. Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang acara tersebut.

Disamping itu, pelari perempuan sekolah kami telah terpilih menjadi olahragawati manakala olahragawan dari Sekolah Kebangsaan Melodi. Semoga mereka menyinar diperingkat seterusnya. Memang ndak sangka keupayaan mereka berdua. Kedua - dua mendapat pingat dalam acara 100 m dan 200 m. Tahniah lagi untuk mereka. Memandangkan sekolah Kancil juara Zon Bandar, secara automatik Kancil akan melatih pelari untuk peringkat daerah. Doakan Kancil untuk berjaya.


Bersiap untuk menuju ke stadium


Barisan peserta dan mereka menanti sebelum pertandingan bermula


Ustaz Rusli, Cikgu Kancil dan Cikgu Ramlah


Piala kejuaraan dan Piala Pusingan

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, February 20, 2013

Perkhemahan Perdana TKRS Dan KRS Peringkat Daerah Tawau 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Pada tarikh 15 hingga 17 Februari 2013, Kancil mengiringi murid - murid SK St Patrick ke Perkhemahan Perdana di SK Kukusan. Ini buat kali pertama digabungkan antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Seramai 3 orang murid yang menyertai perkhemahan ini dari sekolah Kancil. Tahun lalu, Kancil menghantar seramai 2 orang lelaki dan tahun ini perempuan.

Alhamdulillah, tiada masalah yang Kancil hadapi malah ia satu pengalaman yang berharga kerana menemui murid - murid sekolah menengah yang sama - sama berkhemah di SMK Kinabutan pada tahun 2011. Dan kali ini, Kancil telah membantu Kumpulan Satu menjadi Johan Malam Kebudayaan di perkhemahan tersebut. Tahniah kepada mereka semua,

Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa perkhemahan tersebut.







Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, February 18, 2013

Berharap Semua Selamat

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kecoh pasal pencerobohan bersenjata yang dilakukan oleh masyarakat di selatan Filipina di daerah Lahad Datu. Mendengar kekecohan tersebut membuat kami di Sabah panik sebab mereka datang membawa senjata. Namun tiada apa - apa yang berlaku. Mereka datang hanya mengunjungi sanak keluarga mereka di sana. Tapi itulah, datang bawa senjata...Siapa pun pasti panik.

Teringat pula kisah tahun 1989 apabila bandar kecil Lahad Datu diserang oleh mundu (lanun). Sunyi sepi bandar tersebut. Pada tahun nie, berulang kembali namun ia berbeza. Mereka datang secara terang - terang memasuki perairan Malaysia. Walaupun ia terletak jauh di timur Lahad Datu.  Namun apa - apa boleh berlaku.

Kancil di Tawau memang bimbang akan kejadian tersebut kerana masih ramai lagi keluarga dan kawan - kawan di sana. Menurut sumber ada 100 orang tetapi sumber lain mengatakan lebih seribu orang sudah mendarat di Tambisan Lahad Datu. Untuk makluman rakan - rakan, mereka yang datang nie sudah biasa berperang di tempat sendiri sejak tahun 70 - an lagi. Berbeza kita, kali terakhir berperang pada tahun 1989 iaitu semasa komunis menyerah kalah.

Apapun, kita berharap tiada apa - apa yang berlaku kerana peperangan nie merugikan banyak pihak. Dan berharap mereka pergi secara baik walaupun rundingan sudah mencapai kata sepakat. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...