Rakan Blogger

Friday, April 26, 2013

Di Mana Anda Mengundi?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Entri hari nie, Kancil bukan cerita sal politik sangat pun. Kalau ada pun, terlepas je. Kancil memang atas pagar walaupun kebanyakan keluarga Kancil terlibat dengan politik. Pernah Kancil dipilih sebagai setiausaha bahagian cawangan di Dun Lahad Datu. Namun kerana bertugas di luar daerah, tugas tu diserahkan kepada orang lain. 

Untuk makluman rakan - rakan blogger, ini merupakan kali kedua Kancil mengundi. Tempat Kancil mengundi di Lahad Datu atau parlimen Silam. Manakala isteri Kancil mengundi di Tawau. Memandangkan isteri Kancil tidak seberapa pandai memandu. Terpaksalah Kancil menghantarnya ke tempat mengundi. Sebelah pagi di tempat isteri dan sebelah petangnya Kancil ke Lahad Datu.

Harap - harap tiada perkara buruk berlaku pada hari mengundi. Terutamanya pengganas ataupun hukum alam. Kawasan tempat Kancil mengundi tu kawasan kerap banjir dan ketika ini musim hujan di kawasan pantai timur Sabah. Minggu lalu, tempat tinggal Kancil dilanda banjir. Setelah setahun lebih, kawasan tempat tinggal Kancil tidak dilanda banjir. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

7 comments:

Nina Mads said...

baru dpt singgah sini.. selamat mengundi

Unknown said...

mg proses mengundi nnt aman damai

aizamia3 said...

Moga ketika itu nanti ianya berjalan dengan lancar hendakNYA.

miss yatie said...

InsyaAllah...harap2 begitulah..

KY kali ke 3 mengundi

Unknown said...

selamat mengundi kancil.......

Kayu Manis said...

SELAMAT MENGUNDI..HARAP SEMUA OK..

Anonymous said...

KA masih ditempat yg sama. selamat mengundi yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...