Rakan Blogger

Tuesday, April 30, 2013

Pulang Ke Semporna

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sejak insiden pencerobohan di Pantai Timur Sabah khasnya di Lahad Datu dan Semporna, Kancil lama ndak balik ke Semporna. Hampir 3 bulan Kancil ndak balik. Berjumpa dengan mak bapa pun, mereka sendiri yang datang ke Tawau untuk menemui cucu - cucu mereka. Kebetulan, Kancil sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah.

Minggu lalu, Pesta Regata Lepa - Lepa berlangsung di Semporna. Kancil ndak dapat balik pada hari Sabtu kebetulan ada sekolah ganti. Actually, kebanyakan sekolah bersekolah pada hari tersebut. Memandangkan Kancil penat pada hari Sabtu, Kancil ndak dapat turun ke Semporna. Keesokan harinya, Kancil mengambil keputusan untuk balik ke Semporna. Walaupun bimbang tetap ada akibat pencerobohan di sana.

Dalam perjalanan, keadaan cuaca sekejap hujan dan sekejap panas. Seperti lama tidak kembali ke Semporna. Seperti jauh perjalanan, namun melihat keadaan tenang sepanjang jalan yakin tiada perkara yang perlu untuk ditakutkan. Lebih kurang 2 petang, kami tiba di Semporna. Namun Kancil terpaksa tinggalkan kereta di Bubul demi keselamatan kereta tersebut. Bukan apa, bila ada kereta baharu masuk kampung, pasti ada tangan nakal yang menconteng kereta. Tu yang bikin panas.

Di Bubul tu pun tempat rumah adik. Pastinya selamat di sana. Menuju ke pekan, suasana meriah walaupun tidak semeriah sebelum nie. Namun, kawalan pihak keselamatan tetap dilakukan walaupun pada dasarnya kita tidak nampak mereka. Tetapi mereka masih berkawal. Mengapa Kancil berkata demikian, kerana sekali sekala terlihat kelibat mereka dalam lautan manusia. 

Jika dilihat bilangan manusia yang hadir di Pesta ini, pastinya mereka tidak takut dan yakin bahawa kawasan Semporna tetap selamat. Apatah lagi, pelancong asing kian ramai. Syukur kerana keadaan aman di sana. Kancil rasa selamat berada di sana. Lewat petang, Kancil balik ke Tawau setelah menemui emak Kancil. Bapa Kancil pula sibuk berkempen di Lahad Datu. Kena tunggu masa mengundi baru jumpa beliau (bapa).

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s ; terasa ayat tidak tersusun sudah...minta maaf...hati bergelora sekarang nie

10 comments:

Dylla Abas said...

Pesta Regata Lepa-Lepa...??? tak pernah dengar pun..pesta apa tu cikgu...? bunyi macam menarik je

JunAina said...

Alhamdulillah...semoga keselamatan di sana terus terjamin.

fizafantagiro said...

Alhamdullilah , bila baca entry kancil ni, lega rasa, semoga kemanan ini tidak diganggu lagi..semoga keamanan ini berkekalan sampai bila-bila..

Unknown said...

salam kancil... dah lama tak dengar perkhabaran......
semoga keamanan disana sentiasa dikekalkan......

Kayu Manis said...

BESA DENGAR NI...ALHAMDULILLAH.

SELAMT SEMUANYA TUH.

aizamia3 said...

moga urusan di sana berjalan dengan lancar hendakNYA..

psstt: Pesta Regata Lepa - Lepa tu pesta apa ye cikgu..?

Anonymous said...

wah sibuk sgt yer skang ni !

Nina Mads said...

Mesti bestkan pesta tu.. semoga kancil baik2 saja disana :)

Kancil 8349 said...

Dylla Abas : Kancil dah beritahu dari tahun lalu lagi...hehehe...nanti Kancil buat entri...dalam entri Gen2merah pun ada

JunAina : terima kasih

Fizafantagiro : terima kasih

Remy : terima kasih

Knor : terima kasih

Aizamia3 : pesta air...banyak aktiviti dibuat

Kesuma Angsana : begitulah hendaknya

Amanina : terima kasih

Aisy Nasiha said...

Amboi, anak wakil rakyat ke ni? Ayah kancil sibuk berkempen?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...