Rakan Blogger

Thursday, April 25, 2013

Tetap Ada Walaupun Sibuk

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sejak kejadian di Lahad Datu, keadaan di Sabah memang membimbangkan lebih - lebih lagi di kawasan Pantai Timur Sabah khasnya. Bagi yang di luar kawasan nie, boleh kata apa yang mereka mahu kata sebab mereka tidak berada di situasi yang kami alami. Memang betul Pasukan Keselamatan berkata kawalan keselamatan terjamin. Namun, jangan di sangka air yang tenang tiada buayanya. 

Sebulan lalu, Kancil sibuk untuk mendapatkan maklumat terkini dari dua daerah iaitu Semporna dan Lahad Datu. Dua daerah nie merupakan tempat penting bagi Kancil. Satu di tempat Kancil dilahirkan dan satu lagi tempat Kancil membesar. Tambahan lagi dua daerah nie ramai ahli keluarga di sana. Pastinya cuak...

Dalam keadaan yang panik nie, ramai guru terpaksa memberanikan diri mereka untuk ke sekolah walaupun tidak pasti keselamatan mereka. Malah ada ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah kena takut. Ada juga menghantar namun mereka ambil balik jika terdengar khabar angin berlaku tembak menembak. Bohong kalau Kancil katakan tidak terkesan di Tawau nie. 

Namun, Sabah sudah berulang kali menerima kes seperti nie. Tapi tidak sehebat seperti tahun ini. Dulu, balai polis dan post pengawal tentera di Semporna pernah dibom oleh lanun. Kalau tidak silap sekitar tahun 1996. Memang cuak...tapi tidak secuak seperti tahun ini. Apapun, bagi menghilangkan rasa kebimbangan, Kancil bersama - sama guru lain, sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah agar murid - murid berasa selesa berada di sekolah. Dapat juga menghilangkan rasa bimbang sebenarnya.

Sukan sekolah rendah peringkat daerah terpaksa ditangguhkan kerana peristiwa tersebut. Tuan rumah untuk peringkat Zon Tenggara terpaksa dipindah tempatnya ke Tawau yang sebelum ini dicadangkan di Lahad Datu. Namun, dalam keadaan panik, Zon Bandar dapat tempat di Tenggara dan seterusnya ke Negeri. Di peringkat negeri berlangsung di Beuafort, dan Zon Tenggara mendapat tempat yang ketiga di peringkat negeri.

Apapun, Kancil berusaha untuk bahagikan masa dalam penulisan di blog Kancil kerana yakin rakan - rakan tidak bersabar untuk berkongsi cerita daripada Kancil di Tawau. Tengok dalam email Kancil pun, ramai sudah yang bertanya mengenai beberapa tajuk entri Kancil dan mereka ingin mendapatkan maklumat selanjutnya. Insya Allah Kancil bersedia membantu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

11 comments:

dee said...

semoga Allah merahmati kalian. :)

miss yatie said...

InsyaAllah...semoga nanti sabah kembali aman seperti biasa..tanpa ada trauma dan ketakutan

Unknown said...

Alhamdulillah semuanya dah selesaikan.. walau dah selesai kesannya tetp masih terasa ye x? moga org2 di sana kuat,.

Anonymous said...

ok faham tu... !

Unknown said...

moga sabah semakin aman. Doakan yang terbaik untuk keselamatan penduduk lahad datu dan semporna..

fairus said...

SEMOGA SABAH TERUS AMAN DAMAI..

Kayu Manis said...

semoga aman sentosa

Anisa Anuar said...

semoga semuanya baik kehendaknya

Aziela said...

Tabah dan sabarlah yer cikgu... Semoga semuanya akan kembali pulih dan gemilang.

fiqas said...

salam...

alhamdullilah,..semua sudah kembali tenang kan.. harap kejadian yang berlaku tidak berulang lagi...


p/s.. dah lama tak kesini.. banyak cerita miss..

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen di blog Kancil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...