Dah lama Kancil tidak menyertai segmen daripada Abang Ben...asyik terlepas peluang. Kali ini, tidak...kalau sesiapa yang nak ikut. Jomlah...klik kat header BA tu...korang akan terus ke blog beliau
Rakan Blogger
Saturday, August 20, 2011
Segmen Oshin : Mimpi Yang Paling....
Selamat Datang dan Salam Perpaduan untuk semua blogger dan pembaca yang sudi singgah ke blog Kancil
Dah nampak tajuk entri di atas, confrim korang dah tahu. Kancil ikut segmen lagi. Kancil dijemput sendiri oleh penganjur dan tidak mengecewakan rakan blogger ini. Kancil join segmen beliau. Kepada sesiapa yang berminat, jomlah ikut segmen ini. Korang just tekan headar di atas tu dan korang akan terus ke blog beliau.
Sebenarnya, Kancil ada membuat entri mengenai mimpi Kancil sebelum ini. Rasanya Kancil nak pertaruhkan entri tersebut. Jom baca mimpi kancil kat sini
Segmen Di Bangku Kosong : "Ziarah Raya Blog"
Salam kepada semua blogger dan pembaca yang sudi singgah ke blog Kancil
Kali ini, Kancil nak ikut segmen BK. Menarik segmen ini, walaupun Kancil pasti akan terlewat mengikut perkembangan dunia blog apabila dah ballik kampung. Sebab di kampung, line BB tidak berapa kuat. Kalau sesiapa yang nak join segmen ini, amat dialu - alukan. Lebih ramai lebih meriah. Korang just klik kat gambar raya di atas tu.
Nama saya di dalam dunia blog ini ialah Kancil 8349. Mahu guna identiti rahsia kecuali beberapa orang rakan blogger yang dah tahu nama sebenar Kancil.
Raya tahun ini, Kancil mahu beraya di kampung halaman Kancil di Daerah Semporna, Sabah. Nama kampung tersebut Kampung Bukit Sakong dalam kawasan Bugaya.
Ucapan Kancil,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Jika ada salah dan silap, harap korang maafkan Kancil. Kekadang kita menulis sesuatu tanpa kita sedari dan mungkin pernah melukakan hati seseorang blogger. Apapun, maafkan Kancil yeah...
Kes : Murid Tampar Rakan Sekelas
Kali ini Kancil nak berkongsi pengalaman Kancil mengurus kes - kes bermasalah di sekolah. Bukan nak mengaibkan sekolah di tempat Kancil mengajar tetapi sekadar perkongsian maklumat dan idea. Lebih baik dikongsikan bersama daripada diri sendiri yang simpan. Kerana Kancil tahu, suatu hari nanti, ada orang akan baca kes ini dan dijadikan rujukan dan panduan untuknya.
Kes kali ini mengenai murid menampar rakan sekelas. Beberapa murid tahun 1 datang menemui Kancil dan memaklumkan bahawa ada rakan mereka menangis kerana ditampar oleh rakan lain. Kancil mengarahkan murid tersebut memanggil murid yang menampar rakannya. Murid tersebut datang menemui Kancil. Kancil berikan nama A (bukan nama sebenar)
'A' datang menemui Kancil dalam keadaan menangis. Mungkin kerana takut dihukum. Namun, sebelum mengambil tindakan, Kancil kena soal siasat dulu mengapa murid sekecil ini mampu menampar rakan sekelasnya. Ikutilah perbualan kami :
"Mengapa kamu tampar kawan kamu?"
"Dia...dia...dia tidak mahu mendengar cerita saya" 'A' bersuara sambil air matanya.
"Hanya kerana kawan kamu tidak mahu dengar cerita kamu. Kamu terus tampar dia"
"Hmm" sambil menganggukkan kepalanya.
"Apa kawan kamu buat sama kamu?"
"Aku panggil dia, dia lari. Aku tarik sama dia. Dia lari. Aku marahlah sebab dia tidak mahu bercakap sama aku. Terus aku tampar mukanya."
Aduh! Dahsyatnya budak nie. Tapi itulah pemikiran kanak - kanak. Singkat. Bisik hatiku
"Tahu pula kamu marah. Bila guru mengajar, kamulah orang pertama yang suka berlari di dalam kelas. Apapun, cikgu kena panggil mak kamu datang ke sekolah." ujarku kepada murid tersebut.
"Jangan cikgu. Aku takut, mak aku pukul aku nanti"
"Tahu plak takut, yang pergi berani tampar muka orang ndak plak kamu takut." Mendengar kata - kata ku, budak tersebut menangis kuat.
"Macam nielah, kau kena berjanji dengan cikgu. Kalau kamu mungkir janji cikgu potong tangan kamu."
"Eya cikgu!"
"Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi"
"Hmm"
"Apa Hmm? Cakap dengan cikgu"
"Saya berjanji cikgu"
"Janji apa?"
"Ndak mahu tampar orang"
"Pergilah balik ke kelas kamu. Lap air mata kamu tu."
Murid tersebut terus beredar dari bilik guru. Ini baru seorang budak. Macam mana kalau orang dewasa. Contohlah Kawan A asyik mendengar cerita Kawan B tanpa gangguan. Tetapi bila Kawan A bercerita, kawan B nie pula tidak suka mendengar cerita kawan A kekadang dia berpura - pura sibuk buat kerja. Korang rasa ia adil ke macam tu?
Kisah Seorang Murid
Kancil masih belum tidur lagi masa nie. Macam mahu menunggu hingga sahur. Nak taip pun, tak de idea. Kalau ada pun, cerita orang yang tidak lengkap. Tidak lengkap dari segi fakta dan jalan sebenar cerita. Petang semalam, Kancil ada bertanya dengan seorang guru perempuan. Mengenai cerita tersebut. Namun dia sendiri pun tidak ingat. Tapi dia tahu mengenai cerita itu.
Rasa - rasanya, korang yang berstatus guru tentu tahu cerita mengenai seorang murid yang didenda setiap hari. Kancil nak berkongsi cerita dengan semua pembaca. Kalau yang dah tahu cerita, Kancil mohon maaf sebab ubah beberapa fakta. Kalau ndak tahu tu, bah...jom kita baca pasal seorang murid.
Di sebuah sekolah sidang petang, ada seorang murid tahap 1 sentiasa lewat datang ke sekolah. Murid tersebut telah diberikan surat amaran sebanyak 2 kali. Namun dia masih lewat datang ke sekolah. Tiap - taip hari pula tu kecuali hari Jumaatlah. Asal dia lewat datang ke sekolah, guru disiplin akan menghukum murid tersebut dengan merotan tangannya. Bila kena rotan, dia tetap tersenyum berbanding dengan rakan yang lain. Semua akan menitiskan air mata.
Bila ditanya, dia tidak menjawab dan hanya mengukir senyuman ke arah guru yang menghukumnya. Guru tersebut merasa hairan, apa masalah murid tersebut. Suatu hari, dia menemui guru kelas murid tersebut dan meminta alamat rumah murid itu. Guru itu ingin siasat apa punca murid tersebut lewat datang ke sekolah.
Pada keesokan harinya, guru tersebut pergi ke rumah murid itu. Diperhatikan rumah muridnya dari jalan raya. Tepat pada pukul 12 tengahari, murid tersebut berlegar - legar di beranda rumah. Seperti menunggu seseorang datang. Pada pukul 12.30 tengahari, murid tersebut belum lagi bergerak dari rumah. Dia masih berada di beranda rumah. Guru itu berasa hairan. Mengapa dia tidak bergerak lagi?
Sedang guru tersebut ingin keluar dari keretanya, tiba - tiba muncul seorang murid sedang berlari ke arah rumah murid itu. Manakala murid tersebut berlari ke arah murid yang sedang menuju ke rumahnya. Rupanya, itu adalah abangnya yang bersekolah pagi di sekolah yang sama. Mereka bertemu di tengah - tengah laluan rumah mereka. Abangnya membuka baju kemeja putih yang dipakainya dan diserahkan kepada adiknya. Adiknya terus berlari menuju ke sekolah.
Akhirnya, guru tersebut mengetahui punca kelewatan muridnya. Dan beliau rasa terharu dengan keadaan tersebut. Itulah sebahagian cerita yang telah diajar kepada kami sebagai seorang guru. Sebelum menghukum seseorang murid, mesti tahu punca dan kenapa ia terjadi. Agar hukuman tersebut tidak berat sebelah.
Kancil tidak seberapa ingat cerita ini dan sememangnya Kancil tidak pandai bercerita. Kancil berharap, korang terhibur...
Friday, August 19, 2011
Jauh Di Mata Dekat Di Hati (9)
Apa keputusan aku sekarang nie? Tak kan aku nak jawab ya? Aku bukan kenal sangat dengan Aiman? Kenal dari surat. Tidak tahu perangai dia sebenar. Kalau kata jadi kekasih aku beranilah cakap. Nie nak kan aku jadi isteri dia. Takut aku tersalah pilih orang. Pening kepala aku.
Nani bergerak ke tingkap hotel sambil memandang ke luar. Di luar sana, pemandangan indah pada waktu malam di kota raya. Fikirannya kusut memikirkan persoalan Aiman tadi. Sehingga dia sukar untuk melelapkan matanya. Dia memandang kedua orang sepupunya yang tidur lena dibuai mimpi indah.
Apapun, keputusannya esok. Jika malam ini aku diberikan petunjuk bahawa dialah jodohku. Aku terima seadanya.
Nani bergerak kembali ke katilnya. Dia terus merebahkan badannya ke atas katil. Sambil memandang ke arah siling hotel tersebut. Agak lama dia memandang, tanpa dia sedari. Dia tertidur.
Sabar Aiman. Belum siang lagi. Tunggulah! Ada beberapa jam lagi. Aku berharap dia menerima jawapanku.
Aiman berbisik di dalam hatinya untuk bertenang. Dia sendiri pun tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya kusut. Sekejap bangkit dari tempat tidur, sekejap baring di tempat tidurnya. Seperti cacing kepanasan di dalam biliknya. Walhal, keadaan biliknya sejuk.
Walau apapun keputusannya. Aku kena bersedia menerima. Jika dia menolakku, aku akan anggap dia sahabatku buat selama - lamanya. Tapi tidak seakrab seperti dulu. Aku kena sedar. Aku baru bekerja. Nak pinang wanita seperti dia bukan senang. Aduh...
Beberapa minit kemudian Aiman menutup matanya. Di dalam hatinya, esoklah kita akan ketahui keputusannya. Tanpa dia sedari dia tertidur sambil memegang handsetnya.
[bersambung ]
[cerita sebelum ini klik]
Jauh Di Mata Dekat Di Hati (8)
Hampir empat bulan masa berlalu. Tidak sangka, pertemuan mereka kali pertama membuatkan mereka lebih arkab. Mereka berdua sentiasa berhubung setiap hari. Kalau bukan sms mungkin salah seorang mereka akan membuat panggilan. Namun, ada persoalan yang masih membelenggu mereka. Hubungan mereka hanya sekadar kawan atau lebih dari itu?
Nani kembali ke kota raya. Tujuannya hanya bercuti namun di sudut hatinya. Dia ingin kembali menemui Aiman. Bagi Aiman, dia cukup gembira kerana Nani datang semula ke kota raya. Kali ini bukan urusan kerja tapi urusan peribadi. Ini membuatkan Aiman tidak sabar menemuinya. Kalau boleh, Aiman ingin bersama - sama Nani sepanjang Nani berada di kota raya.
Aku dah gila ke? Mana mungkin dia tiada kekasih? 6 tahun masa yang panjang. Apa - apa boleh berlaku? Tapi kalau aku tidak cuba, mana aku akan dapat. Lama tu aku menunggu. Kali ini aku tidak mahu melepaskan peluang. Aku akan tanya dia sendiri. Bisik hati Aiman sambil berjalan menuju ke hotel tempat Nani menginap bersama - sama sepupu - sepupu Nani.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam!" Nani tunduk malu bila melihat wajah Aiman dihadapannya.
"Hmm...jom kita ke kedai sana. Kita minum." Aiman mengajak Nani. Nani tanpa membantah bergerak menuju ke kedai yang dimaksudkan oleh Aiman. Mereka berdua mengambil tempat duduk berhadapan antara satu sama lain. Aiman mula rancak bercerita mengenai kerjayanya. Nani pula hanya mampu mendengar. Nani rasa gembira, akhirnya dia dapat menemui Aiman semula. Ini juga membuatkan hatinya terubat.
"Man!...kalau saya tanya. Kamu marah ke"
"Tanya saje. Buat apa aku nak marah."
"Kamu keluar dengan saya nie. Kekasih kamu tidak marah ke?"
"Hahaha...saya mana ada kekasih. Kawan perempuan tu ramailah"
"Lelaki! Pandai berkata - kata. Cakap ndak ada, padahal 5 spare part dibelakang."
"Daripada kamulah. Mahu percaya atau tidak. Yang betul saya belum ada kekasih."
"Jadi kenapa tidak mahu mencari kekasih?"
"Malaslah!"
"Aik! Malas pulak...orang sibuk mencari kamu pula malas"
"Saya malas nak cari kekasih. Kalau boleh saya nak mencari seorang isteri. Isteri yang akan menjaga makan minum saya. Isteri yang sentiasa berada di samping saya dalam keadaan senang dan duka. Dan sorang isteri yang sanggup melahirkan dan menjaga anak saya." Nani terpegun dengan kata - kata Aiman. Sehingga dia tidak mampu berkata apa - apa. Melihat Nani tidak bersuara, Aiman meneruskan kata - katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)