Rakan Blogger

Friday, August 19, 2011

Jauh Di Mata Dekat Di Hati (9)


Apa keputusan aku sekarang nie? Tak kan aku nak jawab ya? Aku bukan kenal sangat dengan Aiman? Kenal dari surat. Tidak tahu perangai dia sebenar. Kalau kata jadi kekasih aku beranilah cakap. Nie nak kan aku jadi isteri dia. Takut aku tersalah pilih orang. Pening kepala aku.

Nani bergerak ke tingkap hotel sambil memandang ke luar. Di luar sana, pemandangan indah pada waktu malam  di kota raya. Fikirannya kusut memikirkan persoalan Aiman tadi. Sehingga dia sukar untuk melelapkan matanya. Dia memandang kedua orang sepupunya yang tidur lena dibuai mimpi indah. 

Apapun, keputusannya esok. Jika malam ini aku diberikan petunjuk bahawa dialah jodohku. Aku terima seadanya.

Nani bergerak kembali ke katilnya. Dia terus merebahkan badannya ke atas katil. Sambil memandang ke arah siling hotel tersebut. Agak lama dia memandang, tanpa dia sedari. Dia tertidur.
Sabar Aiman. Belum siang lagi. Tunggulah! Ada beberapa jam lagi. Aku berharap dia menerima jawapanku. 

Aiman berbisik di dalam hatinya untuk bertenang. Dia sendiri pun tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya kusut. Sekejap bangkit dari tempat tidur, sekejap baring di tempat tidurnya. Seperti cacing kepanasan di dalam biliknya. Walhal, keadaan biliknya sejuk. 

Walau apapun keputusannya. Aku kena bersedia menerima. Jika dia menolakku, aku akan anggap dia sahabatku buat selama - lamanya. Tapi tidak seakrab seperti dulu. Aku kena sedar. Aku baru bekerja. Nak pinang wanita seperti dia bukan senang. Aduh...

Beberapa minit kemudian Aiman menutup matanya. Di dalam hatinya, esoklah kita akan ketahui keputusannya. Tanpa dia sedari dia tertidur sambil memegang handsetnya.

[bersambung ]
[cerita sebelum ini klik]

2 comments:

aimie amalina said...

wah2
cek kancil cikgu BM eyh?
hihihi
besnyela owg tulih cerpen or novel ni

Kancil 8349 said...

Aimie : Kancil bukan guru BM...tapi bekas pelajar sastera...

kancil buat cerita bersiri je...ntah...nak kata cerpen...panjang sangat..nak kat novel...pendek plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...