Rakan Blogger

Monday, August 1, 2011

Selamat Datang Bulan Ramadan Dan Bulan Ogos



Bulan Ogos merupakan bulan Kemerdekaan. Semua orang tahu pasal ini. Tapi saja mahu buat mukadimah dalam entri saya pada hari ini. Masa saya menaip entri ini, tengah tunggu untuk bersahur. Tidak boleh tidur masa ini dari pukul 12.30 tengah malam. Macam tidak sabar mahu bersahur sahaja badan ini. Hehehehe...

Dalam bulan ini, kebetulan kita menyambut dua perayaan iaitu Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidilfitri. Dari sumber yang saya dengar, sambutan Hari Kebangsaan akan dibuat serentak pada Hari Malaysia. Tapi yang paling best, kita berpeluang untuk melaksanakan puasa pada bulan ini. Orang kata, kedatangannya dinanti - nantikan dan pemergiannya ditangisi.

Betul juga orang kata, bulan Ramadan inilah kita berpeluang untuk menambahkan amal jariah kita. Kerana pintu Syurga dibuka luas - luas dan pintu Neraka ditutup rapat - rapat. Manakala Syaitan diikat pada masa ini. 

Apapun, saya ingin mengucapkan Selamat datang Bulan Ramadan dan Bulan Ogos.

4 comments:

aimie amalina said...

=)merdekakan diri dengan berpuase kan!

Kancil 8349 said...

Aimie : eya betul tu...

c genk bah ne said...

kedatangan ramadan mmg dinantikan,tapi ada segelintir org,bila dah puasa,sibuk pula nak raya,smpai puasa pun lupa...

Kancil 8349 said...

Genk : Betul tu...kira masih ok lagi orang macam tu...tapi remaja2 kita sekarang nie tidak pandai menghayati konsep puasa tu...berpuasa tetapi boleh lagi buat dosa..seperti mengumpat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...