Rakan Blogger

Wednesday, August 3, 2011

Pemegang Pintu Kancilku Rosak


Sudah tiba masanya ia rosak. Walhal hanya satu je pemegang pintu yang asal tinggal. 3 daripadanya sudah ditukar akibat rosak dan patah. Ini bermaksud kesemua pemegang pintu kereta Kancilku tidak tulen dari kilang. Kalau ditengok keretaku nie, ramai beranggapan ia baru keluar. Macam 3 bulan sahaja.

Tapi bila aku katakan sudah 6 tahun lebih, rata - rata terkejut sambil memandang ke arah kereta Kancilku. Mereka macam tidak percaya, warna tidak luntur dan seperti baru. Berbalik kita ke cerita pemegang pintu. Kali ini bukan khianat orang tetapi sendiri yang melakukannya. Bila tertanggal, tiada perasaan terkejut tetapi merasa sudah tiba masanya untuk ditukar.


Kebetulan, rakan sejawatan ternampak pemegang tersebut tertanggal, dia mencadangkan saya ke bengkel beliau untuk ditukar kepada baru. So, saya balik dengan pemegang pintu tertanggal. 
Pada hari ini, tepat pada pukul 10 pagi, saya terus ke bengkel rakan saya yang terletak di Batu 3, Jalan Apas, Tawau. Sebelum ke bengkel beliau, saya memaklumkan bahawa saya akan datang ke bengkel beliau. Sampai di sana, saya terus disambut oleh pekerja beliau dan bertanya mengenai kerosakan kereta kancil saya.


Terus pekerja tersebut membuka pintu kereta kancil saya dan membuat apa yang perlu, sementara itu  saya berada di ruang menunggu.  Lebih kurang 10 minit kemudian, pekerja tersebut telah siap menukar pemegang baru. Syukur tidak lama. Nasib juga saya datang tidak banyak kereta di bengkel tersebut. Akhirnya pintu kereta kancil saya berfungsi kembali.


7 comments:

Fiqas said...

kete saya pun selalu gak rosak benda ni..

Kancil 8349 said...

Fiqas : biasalah kereta buat Malaysia nie...kalau kita lembut dengan dia...bertahan lamalah dia...

Cinderella said...

erm kesian kancil 8349..mesti dye kesakitan...nasib baik dah repair..

Fad said...

alalala..syg tol dia ngan kancil merah hati ni..hehehe..sama la cam cf..syg ngan iswara cf..byk berjasa..sampai syg nak jual..pakai je sampai buruk..huhu

Kancil 8349 said...

Cinderella : memang kesian sangat...

Fad : banyak kenangan nie kancil...sampai nama blog nie atas jasa kereta nie...heheh

c genk bah ne said...

takpa2 yg pntng masih boleh guna walaupn kena rpair macam2..

Kancil 8349 said...

Genk : betul tu...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...