Rakan Blogger

Sunday, August 21, 2011

Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim Dan Miskin Serta Majlis Berbuka Puasa SK St Patrick, Tawau 2011

Sempena bulan yang mulia ini, Biro Agama Islam SK St Patrick yang dipengerusikan oleh Ustaz Nizam telah menganjurkan satu majlis amal. Tujuan majlis ini diadakan untuk meringankan beban anak - anak yatim dan miskin ketika menyambut perayaan hari raya Aidilfitri.

Acara bermula pada pukul 5.45 petang dengan kehadiran para guru dan jemputan khas. Ketika ini saya menjadi pengacara majlis. Acara dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Fauzi. Kemudian ucapan daripada pengerusi program iaitu Ustaz Nizam. Selepas itu penyampaian sumbangan yang telah disampaikan oleh Cikgu Zulfikli (murid - murid tahap 1) dan Cikgu Luqman (murid - murid tahap 2). Seramai 15 orang murid yang menerima sumbangan ikhlas daripada PIBG sekolah dan warga SK St Patrick.

Setelah majlis penyampaian selesai, para guru dan jemputan khas diminta masuk ke dalam bilik kelas untuk menunggu waktu berbuka puasa. Ketika ini, ramai guru yang mengambil peluang beramah mesra dengan murid - murid yatim dan miskin. Tepat pada pukul 6.22 petang, seorang murid (tidak sempat ambil namanya) telah memimpin bacaan doa untuk berbuka puasa.

 

Lebih kurang 15 minit, kesemua guru dan jemputan khas bergerak ke dewan terbuka untuk melakukan solat Maghrib berjemaah. Walaupun bilangan tidak ramai, namun ia meriah dan ceria. Iman solat ini dipimpin oleh Ustaz Fauzi. Selesai solat, kesemua guru dan jemputan khas bergerak semula ke bilik kelas untuk menjamu selera. 

 

Acara diteruskan lagi dengan solat Isyak berjemaah dan solat terawih. Ini adalah tahun pertama saya, menyertai solat terawih anjuran sekolah. Alhamdulillah, kami dapat mengerjakan solat ini walaupun bilangan tidak ramai. Lebih kurang pada pukul 9 malam, majlis berakhir. Kesemua guru dan jemputan khas balik ke rumah masing - masing. 

14 comments:

Kalamhati said...

Lengkap laporan dia..=)

maszull said...

salam Kancil...alhamdullilah selesai juga majlis penyampaian sumbangan anak yatim tu ye...:)

semoga wargakerja SK St.Patrick mendapat pahala yg berganda...:)

Kancil 8349 said...

Kalamhati : kurang lengkap nie...hehehehe...terima kasih

Maszull : terima kasih Mama...

Adylia Qarissa said...

apa perasaan anak yatim nie sambut raya tanpa ibu ayah..ermm..dkna yang tak ada ayah pon terasa sedih..inikan pulak dorang..semoga dorang tabah...semoga Tuhan melindungi mereka..

(^__^) miza muhd said...

hurm... sedihnya. terasa sayu je baca entry ni. smoga saya sentiasa menghargai setiap detik bersama kedua ibu bapa saya. :) ~saya dtg menjenguk.

Santri T.P.I.N.I said...

salam kunjungan...selalu kita dapat lihat majlis macam ni pada bulan ramadhan je, bulan2 lain jarang nampak kan?

Zul Fattah said...

tringat zaman sekolah dulu2.. buka puasa sam2 dgan cikgu.. dgan kawan2..

Kancil 8349 said...

Adylia : Tentunya mereka sunyi dan sedih...Amin...moga terkabul doamu

Miza : Terima kasih

Santri : Betul tu? masa nielah yang paling sesuai

Zul fattah : kenangan terindah tu geng

Santri T.P.I.N.I said...

terima kasih atas komennya!

Santri T.P.I.N.I said...

terima kasih atas komennya!

Kancil 8349 said...

Santri : terima kasih kembali

yayath said...

hye kancil:)singgah sini...emm..kesian mereka kan..

hoho..tiba2 teringin nak makan amplang dgn kueh cincin..rindu la kat sabah:)

Kancil 8349 said...

Yayath : Hai...terima kasih singgah...

memang betul...merekalah yang kita kena tolong selalu...

wah penah datang ke tawau ke?

aqilahmad said...

huhu.
balas kunjungan..
selamat hary raya ea..
nk wet raye??
>_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...