Kelmarin, saya menerima mesej daripada seorang rakan saya iatu Ayob (salah seorang rakan blogger). Dalam mesej tersebut dia taip bahawa Cikgu Jumadil a.k.a Gen2Merah ajak kami semua berbuka puasa di hotel MB. Apa lagi, saya terus memaklumkan perkara tersebut kepada isteri saya bahawa saya akan berbuka puasa dengan rakan - rakan sepermainan badminton saya.
Sebelum, ke hotel tempat yang dijanjikan. Saya terlebih dulu balik ke rumah. Hantar barang dan membersihkan diri. Barulah keluar ke bandar Tawau. Tepat pada pukul 6 petang, keadaan lalu lintas sudah berkurangan berbanding sejam sebelum ini. Sesak dan memberi tekanan kepada sang pemandu. Hehehe...sabarlah kalau sudah sesak dalam lalu lintas.
Sampai di perkarangan hotel MB, saya melihat beberapa orang kelibat rakan saya sedang berbual - bual sesama sendiri. Mungkin ada cerita yang menarik mereka kongsikan. Biasalah, sudah hampir 2 minggu tidak berjumpa. Inilah kali pertama berjumpa di dalam bulan Ramadan. Sebelum naik ke hotel, kami sempat mengambil gambar kenangan. Cewah!..sempat lagi.
Di ruang bufet, orang sudah berpusu - pusu mengambil makanan. Wah!...bagi saya ini kali pertama berbuka puasa di dalam hotel. Nasiblah Gen2Merah yang mengajak. Apa lagi kami, terus mengambil makanan yang disediakan. Kira lewat kami naik ke bufet hotel nie. Nasib juga Gen2Merah sudah tempah awal. Hehehe...kira ada ruang untuk kami makan. Tengoklah di gambar sebelah. Punya ramai umat yang berpusu - pusu mengambil makanan.
Gambar di atas adalah makanan yang saya ambil ketika berbuka puasa. Ndak banyak...sedikit je. Selesai makan, kami mula berbincang sesama sendiri. Salah satu perbincangan kami adalah perlawanan Piala Dunia Badminton antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan. Masing - masing bercerita kehebatan dua orang pemain. Sehingga ada yang berkata, permainan kami sebiji macam permainan pemain - pemain dunia tersebut...Hehehe...
Lebih kurang pada pukul 7 petang, kami semua berpisah dan menuju ke destinasi masing - masing. Seronok juga dapat makan di hotel nie. Tapi sekali sekala, ndak boleh selalu. Pokai orang kata...
Lebih kurang pada pukul 7 petang, kami semua berpisah dan menuju ke destinasi masing - masing. Seronok juga dapat makan di hotel nie. Tapi sekali sekala, ndak boleh selalu. Pokai orang kata...
No comments:
Post a Comment