Rakan Blogger

Monday, August 29, 2011

Sesi Bergambar Guru - Guru SK St Patrick, Tawau.

Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca yang sudi datang ke blog Kancil 8349.

Walaupun sekarang ramai mood bercuti dan kemungkinan ramai yang tidak akan dapat update blog mereka masing - masing. Mahpun ramai juga yang tidak akan dapat singgah ke blog rakan - rakan yang lain. Apapun, kisah dan cerita tetap disiarkan di dalam blog Kancil untuk perkongsian maklumat.

Hari sebelum cuti sekolah, semua guru SK St Patrick, Tawau berhimpun. Tidak kira sidang pagi mahupun petang. Semua berkumpul di dewan terbuka SK St Patrick, Tawau. Sebenarnya, ada sesi bergambar dibuat pada hari tersebut. Maka sibuklah semua guru bersiap untuk mengemaskan diri mereka...hehehe...

Jom kita lihat beberapa orang gelagat guru yang sempat Kancil ambil.

  Keadaan bilik guru yang penuh dengan guru - guru sekolah yang tengah berhias

 Guru - guru sedang mengambil tempat masing - masing sebelum sesi bergambar

 Guru - guru perempuan sudah bersedia, sementara itu murid - murid pagi melihat gelagat guru mereka

 Murid - murid berhimpun di dewan terbuka

Selepas sesi bergambar, semua guru berkumpul di bilik gerakan untuk mendengar taklimat khas oleh Guru Besar Sk St Patrick. Selesai taklimat, semua guru bersalaman sesama sendiri dan memohon maaf antara satu sama lain. Kemudian beredar dari sekolah dan menuju ke destinasi masing - masing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...