Rakan Blogger

Saturday, August 6, 2011

Jauh Di Mata Dekat Di Hati (1)


Tidak mungkin dia. Wajahnya mirip seakan dia. Atau aku diberikan petunjuk bahawa aku akan menemui orang yang sama. Tidak, dia sudah tinggalkan aku selamanya. Orang yang dihadapanku adalah orang yang lain. Tidak sama. Dan bukan dia. Bisik hati Nani setelah melihat seorang remaja lelaki berdiri di hadapannya. Tanpa disedarinya, remaja lelaki tersebut perasan bahawa dirinya diperhatikan.

Kenapa pula perempuan nie asyik pandang aku semacam. Ndak berkelip mata dia. Memang sah aku yang ditengoknya. Sebelah aku nie perempuan. Seingat aku, aku tiada keluarga di sini. Hmmm...tapi budak perempuan nie cantik dan sejuk hatiku bila memandangnya. Siapa dia? Aiman tersipu malu bila gadis tersebut terus memaku mata ke arahnya. Sehingga dia rimas untuk bergerak.

Aku ingin mengenalinya. Siapa dia? Ya Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Jika ini pertemuan kami terakhir, aku redha ketentuanmu. Tapi jika ia satu permulaan, aku bermohon agar Kau tidak jauhkan hatiku kepadanya. Nani melangkah pergi keluar dari majlis tersebut.

Mana dia? Aku tidak nampak wajahnya lagi. Atau aku bermimpi di siang hari.

"Siapa kau cari nie Man? Tak kan sudah jatuh hati dengan gadis di sini.?" Rizal, sahabat Aiman menegur Aiman yang terpingga - pingga mencari seseorang di dalam kelompok manusia. 

"Tiada geng! Kalau aku cerita tentu kau kata aku nie perasan." 

[bersambung klik]

5 comments:

mawar berduri said...

wahhhh... mula berkarya... next capter!

Kancil 8349 said...

percubaan pertama...capter seterusnya...tunggu..akan keluar dalam masa terdekat...

EjAt_mU89 said...

jalan cni...

Fiqas said...

chapter pertama yang menarik..

Kancil 8349 said...

Fiqas : terima kasih...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...