Rakan Blogger

Tuesday, August 16, 2011

Bershopping Di Servay Bandar Tawau

Kali ini, saya bukan ditemani oleh isteri saya membeli belah ke shopping complex. Tetapi ditemani oleh jejaka - jejaka idaman wanita...hehehe..Sebenarnya, mahu temankan rakan - rakan sepermainan badminton untuk membeli baju raya dan selipar raya.

Servay Bandar merupakan pusat membeli belah yang paling sibuk dan paling ramai pengunjungnya di bandar Tawau. Kedudukannya sangat strategik malah ia menjadi tumpuan untuk warga Tawau membeli belah. Lengkap dengan segala barang - barang yang diingini.  Ia terletak berhampiran dengan Pasar Gantung (lupa saya apa nama lainnya) di hadapannya dan di sebelah Barat terletak terminal bas daerah Tawau.

Tidak lama berada di Servay Bandar, membeli barang yang diperlukan sahaja. Tapi sempat juga mencuci mata sampai semua tingkat dikunjungi. Alasan nak tengok barang - barang jualan tapi mengacau kakitangan - kakitangan di sana. Hehehe...tiada kerja mahu cari kerja...

2 comments:

Cik Bell said...

bell penah shopping kat Tawau..mcm pekan la jugak..supermarket kat sana pkul 9 mlm dah start nak ttup ek..

Kancil 8349 said...

Cik Bell : tahun bila datang kat sini...tapi ndak semua tutup awal...hehehe...lagipun Tawau merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...