Rakan Blogger

Tuesday, August 23, 2011

Seperti Rumput Di Padang, Bulan Di Langit


Siapa yang tidak mahu menjadi bulan di langit. Ingin dilihat dan ingin dipuja. Malah ingin dikatakan cantik dan indah dipandang. Bohonglah kalau ada di antara kita tidak mahu seperti apa yang saya nyatakan sebentar tadi. Jauh di sudut hati mahupun terlintas di dalam hati, tetap ada di antara kita ingin menjadi seperti bulan di langit.

Tidak seperti rumput di padang, warna hijau tua. Dicantas bila panjang, malah dipijak - pijak oleh kebanyakkan kita. Sehingga, ada yang langsung tidak memandangnya.  Kesian pada rumput di padang, tidak dipandang, tidak dipuja.

Yang peliknya, rumput membekalkan oksigen kepada kita di dunia. Sedangkan bulan, apa sumbangannya kepada bumi? Hanya cantik dan indah tetapi tidak beri apa2 makna pun...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...