Rakan Blogger

Tuesday, August 16, 2011

Genap Setahun Pemilik Kancil 8349 Bergelar Guru


Pejam celik, sudah setahun rupanya saya bergelar seorang guru. Tidak sangka masa berlalu dengan cepat. Sudah ada 1 tahun pengalaman mengajar di sekolah rendah. Pengalaman yang orang kata susah mahu dapat melainkan diri sendiri yang merasa. Diri sendiri yang melalui apa yang dikatakan cabaran dan dugaan.

Masih segar dalam ingatan setahun yang lalu. Apabila, kami semua guru KPLI melaporkan diri ke Pejabat Pendidikan Daerah masing - masing. Rasa gementar dan berdebar mengelubungi jiwa. Sehingga mahu berkata - kata tidak terucap. Memikirkan penempatan pertama dalam hidup seorang guru. Bila dapat tahu, saya ditempatkan di sekolah pinggir bandar. Rasa bersyukur tidak terhingga kerana jarak rumah ke sekolah lebih kurang 14 km.

Sekolah pertamaku ialah Sekolah Kebangsaan Batu Payong. Ia terletak di pinggir laut dan berhampiran dengan sempadan antarabangsa Malaysia dan Indonesia. Di sekolah ini, warganya mesra dan peramah. Malah tidak lokek memberi ilmu kepada saya. Sentiasa menegur akan kesilapan yang saya, supaya saya tidak alpa dan leka akan tanggungjawab saya sebagai seorang guru.

Di sekolah ini juga saya berkenalan dengan sahabat saya. Seorang guru pemulihan. Dia adalah Cikgu Jumadil atau dalam dunia blogging, dia dikenali sebagai Gen2Merah. Kami makin rapat kerana bilik kami bersebelahan sahaja. Bila bertemu, ada sahaja cerita yang kami kongsikan. Hinggalah saya mendapat tahu bahawa dia ada blog. Dari situ saya buat blog baru mengikut jejak langkahnya.

Tetapi sayang, saya tidak lama di SK Batu Payong. Pada bulan Mac tahun ini, saya menerima surat daripada PPD Tawau. Arahan pegawai meminta saya berpindah ke sekolah bandar iaitu SK St Patrick. Jarak antara rumah dengan sekolah hanya 4 km sahaja. Sekolah ini merupakan sekolah elit di daerah Tawau. Belum puas di sekolah baru, kena dipindahkan ke sekolah lagi baru. Memang sedih bila meninggalkan SK Batu Payong. Saya ada buat entri mengenai perpindahan saya ke sekolah bandar. 

Walau di mana saya dihantar, tanggungjawab sebagai guru tetap dilaksanakan. Hari ini, genaplah setahun saya bergelar seorang guru. Dalam tempoh setahun saya telah berkhidmat dengan baik untuk anak bangsa sendiri. Apapun, saya tidak mahu angkat bakul sendiri. Rakan saya Gen2Merah pernah membuat entri khas untuk saya. Kalau sudi, bacalah pasal entri ini. Klik kat sini

16 comments:

Muhammad Burn said...

selamat pagi cikgu! hehe... sy pun cikgu juga. tapi bakal posting tahun depan.

Rai said...

mulianya jadi cikgu kan..saya memang takde tokoh jadi cikgu langsung..mengajar anak2 pun cepat je bosan..dah la garang..nasib baik anak sendiri..kalau anak org lain ntah2 dah lebam2 kena cubit.. hehehe...

Kancil 8349 said...

Burn : Selamat Petang (ketika ini)..good luck

Rai : heheheh...jangan kata diri macam tu....dulu saya pun macam tu...tapi kita belajar dan perbaiki yang mana silap..baru kita jadi macam nie

AIEN NOT ALIEN said...

teruskan mendidik anak bangsa... ^_^"

CikGu Ma said...

selamat ulangtahun keguruan :)

ainondreamergirl♥ said...

bestnya jd ckgu. sy mak ngn ayh dua2 ckgu :)

aizamia3 said...

teruskan usaha anda dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang cemerlang.. insyaAllah..

Kancil 8349 said...

Aien : terima kasih

Cikgu Ma : terima kasih

Ainondreamergirl : jadilah seorang guru

Aizamia3 : terima kasih...

twinkeenabilah said...

Tahniah sudah 2 tahun jadi cikgu and menjalankan kerja mulia ini :D

Kancil 8349 said...

Twinkeenabilah : baru setahun...apapun terima kasih...

Fad said...

la..kpli gak eh..hihi

Kancil 8349 said...

Fad : hehehe...guru baru

sakurasue said...

wah jadi cikgu msti byk dugaan.
kwn2 saye ramai bakal guru~

Kancil 8349 said...

Sakurasue : memang betul...sebab berhadapan dengan manusia yang perlu dibentuk menjadi manusia...mengapa kamu tidak mahu jadi guru?

maszull said...

salam...tahniah sebab menjadi seorg cikgu...semoga dpt mendidik anak2 murid mu dgn sabar n dedikasi supaya mereka menjadi seorg yg berguna pd bangsa n negara...:)

Kancil 8349 said...

Mama : terima kasih...insya - Allah...Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...