Rakan Blogger

Saturday, August 6, 2011

Jauh Di Mata Dekat Di Hati (3)


"Maaf! Aiman sekarang berada di Semenanjung. Siapa nie?" suara perempuan bertanya.

"Kawan dia. Nani! Dia ada nombor telefon?"

"Tak ada!"

"Terima kasih"

"Sama - sama"

Mengapa aku marahkan dia tempoh hari. Aku tuduh dia bukan - bukan. Aduh! Menyesal pula aku. Kenapa aku percaya bulat - bulat kata Milah. Dia sengaja memutuskan hubungan aku dengan Aiman...Aiman! Kau pergi tanpa aku meminta maaf. Aku tahu aku bersalah. Inikah hukuman yang kau berikan kepada aku Aiman. Kau pergi tanpa mengetahui isi hatiku. Suara hati Nani bersuara sedih sambil termenung di tepi tingkap bilik asramanya.

Maafkan aku Nani. Aku terpaksa memutuskan hubungan kita sebagai kawan di atas kertas. Aku tidak mahu merosakkan hubungan orang lain. Dan aku cukup kecewa kerana kau tidak jujur kepadaku bahawa kau sudah berpunya. Pemergianku ini mungkin tidak membawa apa - apa makna untuk dirimu. Doaku, agar kau bahagia dengan orang yang kau sayangi.

Aiman merenung jauh di luar jendela kapal terbang MAS. Beberapa minit lagi, kapal terbang tersebut akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Dia rasa bersyukur kerana impiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tercapai. Apa yang penting baginya adalah lulus dengan cemerlang. 

Selamat tinggal Nani! Kalau kita ada jodoh. Tiada akan ke mana juga. Walaupun kita beribu batu. Kita tetap akan bertemu jika itu jodoh kita.

[bersambung klik]
[cerita sebelum ini klik]

2 comments:

aamalinaazman said...

wee
ni kisah benar ka cerpen ka apa?

Kancil 8349 said...

ia bukan cerpen dan ia juga bukan kisah benar tetapi cerita yang direka...terima kasih membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...