Rakan Blogger

Sunday, August 14, 2011

Kancil Dah Bayar Zakat

gambar hiasan

Dalam beberapa hari ini, rakan - rakan Kancil dah bayar zakat fitrah mereka. Terutamanya sahabat Kancil iaitu Gen2Merah. Dia dah lebih awal dari Kancil. Korang boleh tengok entri dia mengenai zakat yang dia dah bayar. [Klik

Hari ini, Kancil bersama keluarga Kancil berjalan ke bandar Tawau. Mahu membeli barang - barang untuk persiapan raya. Sebab tahun ini, Kancil akan beraya di kampung iaitu Kampung Bukit Sakong, Semporna. Lagipun, cuaca ketika itu elok untuk berjalan. Kejap hujan kejap panas. Kalau hujan turun lebat dan bila panas pula...panas tahap gaban...hehehe...

Sebenarnya, Kancil nak beli pakaian raya untuk anak - anak. Biar mereka yang dibelikan dulu. Orang tua nanti. Tunggu bonus esok hari...hehehe...Selesai membeli, terus menuju ke Masjid Bandaraya. Kalau pergi Masjid bandar, confirm tiada parking kereta. Di sana senang.

Sampai kat sana, terus ke meja orang yang bertanggungjawab mengutip zakat. Alhamdulillah, tertunai juga tanggungjawab Kancil sebagai seorang muslim dan  ketua keluarga. Sekarang, tak malu dengan Gen2Merah lagi...hehehe..korang bila lagi nak bayar...tak kan nak hampir raya baru nak gi bayar...jomlah bayar seawal mungkin.

4 comments:

meaw said...

waaaa,dah beli baju raya tuk anak-anak... suka la dorang tu,hehe

Kancil 8349 said...

mestilah suka...budak - budak...hehehe...dorang suka mak bapa lagi suka

sakurasue said...

alhamdulillah.tertunai satu kewajipan :)

Kancil 8349 said...

Sakurasue : Alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...