Rakan Blogger

Friday, November 9, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 51

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar Kancil ambil di atas merupakan jambatan yang menghubungkan antara rumah - rumah di Kampung Bangau - Bangau Semporna. Ini juga merupakan laluan ke sekolah yang terletak di atas pulau. Kalau siang mungkin kita boleh nampak...bagaimana kalau waktu malam. Inilah salah satu masalah yang timbul. Hanya tulang jambatan je yang tinggal nie...

Banyak cerita yang Kancil dengar dan kurang pasti mana sumber yang benar atau palsu namun kita ambil sebagai pengetahuan umum sahaja. Keadaan jambatan yang daif disebabkan oleh beberapa orang yang memiliki motor. Mereka bermotor di atas jambatan tersebut. Malah ada yang bertindak berani dengan membawa laju tanpa menghiraukan penduduk di situ.

Selain itu, ia disebabkan kereta sorong yang penuh dengan pelbagai bentuk barang. Kekadang berat barang melebih 100 kg. Mana tidak rosak jambatan tersebut. Bila dah patah, tiada orang yang mahu bertanggungjawab. Lagi teruk, kes curi kayu jambatan. Kayu nie dorang curi untuk buat rumah mereka atau bahan api. Itu antara sebab - sebab keadaan jambatan macam nie. NIe mahu tunggu YB turun padang untuk memberi bantuan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

24 comments:

Anisa Anuar said...

bahaya kot kalau lalu malam2...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam ni pun org nak curi kan.. ini kan untuk kemudahan bersama.. Semoga nak pilih"besar" nanti dapat jambatan baru..

sigoblogx said...

aiih..sudah rusak begitu, masih aja juga yang curi papan..bagaimana nak motor mau liwat =.=

ajax85 said...

kancil jgn tgu yb..jumpa terus..sian bdk2 mahu ke sekolah.

maszull said...

assalamualaikum kancil...betul tu bahaya kalau guna masa malam hari...:)

Unknown said...

kes naya ler kancil...kalau mlm2 tak sedar ada jambatan yg rosak.....

ayut said...

mmg bhaya la klu mlm gini...tp kat sana tu la cabaran yer..nnt btulkan...di amek jgk kayu yer..payah jgk tu nnt...

fairus said...

KAYU PUN DICURI UNTUK BUAT RUMAH @ KAYU API.. ERM.. DAHSYAT.. DAHSYAT..

Unknown said...

sgt bahaya ni.. ngeri pun ada..

Unknown said...

kena di perbaiki cepat ni

miss yatie said...

kadang2 ada sesetenagh manusia tidak tahu menghormati org lainkan? kalau di tegur marah..

Unknown said...

asalam..selamat bercuti ya kancil.Tak nak ke Keningau?

Nafisya Ismail said...

kesian kt bdk2 yg lalu kt citu nk g sekolah. selamat bercuti cikgu :)

Unknown said...

memang bahayakan kalau lalu malam2...

QasehnyaRania said...

bahayanya :D
lama tak melawat cikgu..sehat :D

salam maal hijrah ;D

baguznet said...

kasihannya mereka... tiadakah usaha dpd mereka yg berkuasa untuk meringankan masalah dgn membuat jambatan yg lebih baik? Mungkin perlu dibuat hadangan di laluan keluar-masuk agar hanya pejalan kaki dibenarkan menggunakan jambatan

admin said...

hi,
bahaya jambatan ni, terutama budak-budak yang lalu.. harap yb Sana dapat perbeiki segera. salam kenal dari saya.

ஜ miss klanika ஜ said...

tabahnya nak lalu situ

baguznet said...

Apa khabar cikgu... sibuk menjaga peperiksaan ye?

miss chillax said...

wahhh bahayanya!

Malay-Kadazan girl said...

Nak dekat pilihanraya ni moga dibaiki dengan segera.

Jahirah said...

baru tahu...unik atas air tapi bahaya le bila dah lompang camni.

Kancil 8349 said...

Anisa : memang bahaya...tapi terang juga sebab ada lampu rumah orang

Pokok Manggis : biasalah kalau ndak berakal

sigoblogx : tulah pasal

man : benda sentiasa berulang...susah mahu cakap

Maszull : betul tu mama

Remy : terang juga tempat nie

Ayut : tulah bah

Fairus : memang dahsyat

Queen : betul tu

KY : tulah bah...

Etuza : insya Allah ada rezeki akan datang

Nafisya : terima kasih

eeiyss : betul tu

Qasehnya : terima kasih kembali

Baguznet : kawasan hitam sebenarnya

Donny : terima kasih...

Miss Klanika : betul tu

Miss Chilax : memang bahaya

Malay Kadazan Girl : harap2

Aishah : betul tu

mselim3 said...

wawah..nie kalu malam x nampak jatuh saje2 aje...bahaya tu,,,terutama budak2,,,nasib kancil perhatin...kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...