Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Bulan September 2005, Kancil ditimpa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Klang Lama. Kemalangan yang tidak melibatkan kenderaan lain. Hanya diri sendiri je. Punca sebab ndak biasa dengan keadaan jalan di lebuhraya tersebut. Sejauh 50 km dari tempat kemalangan Kancil bergerak menuju ke Banting.
Akibat kemalangan tersebut, lutut kiri Kancil dah berparut sehingga sekarang. Malah ada masanya berasa sakit bila berdiri terlalu lama. Kancil telah diminta oleh mak bapa Kancil dan kekasih hati Kancil untuk membeli sebuah kereta demi keselamatan Kancil sendiri. Pada 13 Disember 2005, Kancil mendapat kereta baru. Warna Maroon adalah pilihan warna kedua Kancil sendiri. Memandangkan ia lain dari yang lain. So pilihlah warna tersebut sebab tiada orang suka dengan warna itu.
Masa dapat kereta nie, Kancil belum ada lesen memandu lagi. Ada sebenarnya tapi masih lagi "L". Dalam tempoh 2 bulan, Kancil memandu kereta Kancil ke pejabat yang jaraknya 4 km dari rumah sewa Kancil iaitu di Kampung Likas KK. Manakala motorsikal Kancil, Kancil jualkan kepada rakan Kancil kerana bimbangkan keselamatan motor tersebut. Takut kena tapau orang yang ndak bertanggungjawab.
Bermula pada bulan 2 2006, Kancil telah mula memandu kereta Kancil keluar dari Kota Kinabalu. Perjalanan pertama menuju ke Lahad Datu kemudian ke Semporna dan akhirnya ke Tawau. Di Tawau tu jumpa kekasih hati. Nak tunjuk kereta baru..hehehe...Alhamdulillah, pengalaman pertama Kancil ditemani oleh sahabat Kancil semasa kerja di Kolej Yayasan Sabah. Beliaulah yang banyak mengajar Kancil semasa membawa kenderaan. Beza jalan di bandar dengan jalan jarak jauh nie.
Sudah 7 tahun, Kancil memakai kenderaan nie. Alhamdulillah, ia sudah banyak membantu kehidupan Kancil sekeluarga. Kira jasa yang besar bagi Kancil. Seingat Kancil, Kancil pernah bawa ke Lawas (Sarawak), Labuan, Papar, Kudat, Ranau, Sandakan, Tungku, Sahabat 16, Kota Belud dan Kota Marudu. Hampir seluruh Sabah menjelajah. Kecuali kawasan Pedalaman Sabah...ndak layak kereta kancil masuk ke sana...hehehe...
Semasa berada di KK, kerap 2 bulan sekali Kancil balik ke Tawau. Isteri Kancil orang Tawau...Dengan kenderaan Kancil nielah Kancil berulang alik. Walaupun dengar cerita pasal kemalangan ngeri di beberapa kawasan di Sabah...namun Kancil ndak gentar malah sentiasa berdoa sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Entri Kenderaan Pertamaku
44 comments:
SAMALAH AKU, KERETA PERTAMA AKU DULU KANCIL MAROON MACAM KAU.. TAPI DAH TOLAK DENGAN ABANG AKU..
kereta yg banyak berjasa...^_^
yg penting hati2 masa memandu tu ye
kenderaan yang telah banyak berjasa pada tuannya...banyak tempat dah sampai tu. selagi masih boleh diguna kita gunakan :D
assalamualaikum kancil...kereta yg menjadi teman selalu n sentiasa berjasa pd tuan nyerkan...:)
Cintaku jatuh padanya iya tak...
Perjalanan jauh di sana mungkin tak sama dengan perjalanan menggunakan higway kat sememanjung mesti lebih mencabar.
Tahun lepas pergi KK sempat ke Ranau tu pun rasa letih sangat. Bukan apa perjalananya sgt berliku.
Salam singgah dan follow kat sini juga.
samalah kita..hodoh sgt keretanya..tapi byk juga jasanya..
yuppp.. seram je bila dengar macam2 berita kemalangan jr kekadang kita dah super berhati2 pengguna lain plak yg mengada2,.. x kiralah kereta apa2 pun, yg penting hati2..
Banyak jasanya yer.
wah. sayang sgt kat kereta sampai bg nama tu? hihi
cikgu kancil..saya masih hidup..hehehe
mesti sahabat syg sgt kereta berjasa tu =)
Owh camtu kisah kancil 8349 ye..byk jasanya..agaknya ada pengganti ke nnti??
syukur kita masih punya kenderaan yg blh bawa kita ke sana kemari..
ooo...itu ye kancil, baru lihat ni..
sang kancil yg byk sungguh jasanyakn:) salam kenal.jmput follow kmbali :)
sebelum ni pun saya pkai kereta kancil jugak tapi color hitam.. kereta tu la yang banyak menagajar saya. hehe
yang penting sesuai dgn kemampuan kita.. :)
keta remy dah 12 tahun... alhamdulillah kancil...... byk jasa2 keta tu pada remy.....
setakat harini ..sy dh pki 3 buah kereta...semua kereta malaysia..teringin nk beli kereta luar pulak ..blom ada rezki lagi
banyaknya jasa kereta ni...merata pergi...keta saya guna baru 3thn...melasak jugak...
byk ye jasa kete kancil kan :)
Fairus :
hehehe....dah lama kau kerja geng...padahal sama je kita habis belajar...hehehe
Cikgu Ma :
betul tu....
Kesuma Angsana :
betul tu...agar tiada kerosakan teruk...
Aien Alien :
betul tu...insya Allah ada sudah temannya nanti
Maszull :
waalaikumsalam mama...betul tu..
JunAina :
betul tu...memang jauh tapi menyeronokkan sebab banyak tempat menarik
Knor :
ndak juga hodoh nie...menarik kalau di atas jalan...walaupun kecil....hehehe
Aimaniman :
betul tu...kena berhati2...di atas jalan raya
Fiza :
betul tu
Rapunzee; Cikilolo :
hehehe...betul tu...simbolik sebenarnya
Cik LyndaWawa :
Alhamdulillah...syukur...dapat berjumpa semula
3no :
memang betul tu...betapa sedihnya hati Kancil bila kena langgar hari tu
teratak hati :
ndak ada pengganti tapi ada teman barunya
KY :
betul tu...alhamdulillah...terbaik...tulah Kancil sebenarnya
QA's :
terima kasih
Nafisya :
Mesti merinduinya...
Blog Tips :
betul tu...time tu gaji kecil je
Remy :
wah...lamanya...nak tahu juga apa jenis kereta tu
Khairul :
wah...terbaiklah bro...Kancil pun nak rasa kereta luar negara nie...insya Allah jika ada rezeki
Aishah :
betul tu....insya Allah akan ada teman baru si kancil nie
Ayut :
betul tu
sayang nak jual.. ;)
aizamia3 :
tulah bah...memang sayang betul
Post a Comment