Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Mood Kancil semakin hari semakin hilang untuk menulis sesuatu di dalam blog. Entah mengapa terjadi semacam tiada perasaan juga. Namun Kancil berusaha untuk kembalikan mood atau semangat yang hilang. Mungkin juga Kancil sibuk dengan aktiviti di sekolah pada ketika ini. Apapun, Kancil tetap berusaha untuk berkongsi ilmu dengan kalian.
Kali nie, Kancil ingin berkongsi keadaan gambar yang berlaku di Lahad Datu. Memang sedih dan terharu dengan mereka di sana. Bayangkan mereka terpaksa tinggalkan kampung dan rumah mereka kerana kebodohan orang yang tidak terpelajar. Nama penganut agama Islam tetapi mereka tidak seorang pun pandai menyebut 2 kalimah syahadah. Apa yang mengejutkan bahawa membunuh pasukan keselamatan adalah satu jihad bagi mereka.
Tengok gambar di atas...memang menyedihkan...Kancil pernah datang ke sini...awal 90 - an. Masa tu, tiada jalan berturap...tidak banyak rumah seperti sekarang nie. Merupakan perkampungan nelayan yang aman dan damai. Kini, menjadi kawasan sejarah bagi negara kita keseluruhannya. Apapun, kita berdoa agar mereka nie tidak membalas dendam malah tidak menghuru hara keadaan di Sabah khasnya.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
17 comments:
Mmg kesian kat mangsa...
Semoga kejadian ni tak berulang lagi..
kejam nya mereka buat mcm tu..
kesian..
mereka sangat kejam dan tidan berperi kemanusiaan..
cukup2 sedihlah!
assalamualaikum kancil....sedihkan kalau kita ditempat mereka...;)
Ya Allah selamatkan bumi Sabah,semoga tidak berulang lagi, kasihan yg dah tak ada rumah tu musnah...
KY pun tiada apa nak dikatakan, harap semuanya kembali seperti biasa
kancil pn jgnlh hilang smgt nk ber-blog ye..
sedihlaa tgk dorang jadi mangsa manusia-manusia yg tiada perasaan. :(
semoga kancil mendapat semangat semula...
semoga penduduk disana kuatkan semangat utk mulakan kembali kehidupan.....
betul kuatkan smgt..ketakutan tu ttp ada..nak percaya lglah..
semoga keamanan akan kekal di sana...
Kena rehat dlu. Kje byk sgt kot?
Semoga kejadian seperti ini tidah berulang dan mendoakan kesejahteraan, aman dan makmur Malaysia bumi tanah tercinta ini.
mselim3
terima kasih kerana sudi tinggalkan komen di blog Kancil 8349
kekadang bila fikir balik, pemerintah dulu punya angkara, rakyat sekarang jadi mangsa...
Semoga dapat dipulihkan kembali kampung dan semangat mereka yang hilang
Post a Comment