Rakan Blogger

Monday, January 20, 2014

Lasabela : Kolej Vokasional Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tahun lalu, Kancil sudah membuat dua kertas kerja lawatan. Dan alhamdulillah, kedua - dua program tersebut berjalan dengan lancar. Yang pertama lawatan ke RTM Tawau dan kedua adalah Kolej Vokasional. Bilangan murid yang menyertai lawatan seramai 63 orang dan 4 orang guru pengiring. Kancil nak berkongsi dulu dengan lawatan kedua...

Tidak jauh juga sekolah St Patrick ke Kolej Vokasional..lebih kurang 2 km sahaja. Boleh jalan kaki sahaja tetapi demi keselamatan anak murid. Kenalah sewa bas untuk ke sana. Lagipun, laluan ke Kolej tu merupakan laluan utama ke Kalabakan. Tiba di kolej, kami disambut oleh PRS kolej tersebut. Mesra dan banyak membantu kami di sana. Jom kita lihat beberapa keping gambar sekitar di kolej vokasional :


Bergambar sebelum ke kolej dan wajah murid lelaki di dalam bas
 

Cikgu Nurliza (Guru BK) memberi taklimat dan murid - murid mendengar taklimat beliau

 

 Beberapa orang PRS membantu Cikgu Nurliza dan lawatan sekitar Kolej Vokasional


Gambar kenangan di depan Koperasi dan murid perempuan kolej ceria menerima kedatangan kami

 

Cenderamata disampaikan oleh Cikgu Nora kepada Cikgu Nurliza

Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen di blog Kancil 8349.

9 comments:

Kakzakie said...

Satu perjalanan dan lawatan yg sangat bermanfaat. Anak-ana murid mesti seronok dan dpt menimba ilmu.

Nor Azimah said...

yang penting anak murid happy dan dapat manfaatnya

fairus said...

SALAM SINGGAH.. TAK TAU APE NAK KOMEN PASAL ENTRI KAU NI BAH..

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

(^___^)

Kesuma Angsana said...

hehehe lama x kesini.. Anak KA pun dah belajar di SMT/ KV sekarang ni !

elnino moona said...

askum..salam hari rabu cikgu kancil..
best kan dpt bawa anak2 murid pigi lawatan..ehehe dulu sy paling suka ikut lawatan sklh ni, pigi ramai2 ngn kawan..best sgt wpun kdg2 tmpt yg d pigi tu agak menakutkan jgk..

kolej vokasional tawau sekolah abgku dulu2 ni.. teknik tawau sblm naiktaraf kolej vokasional..hihihi

Eza Boom Boom said...

mesti budak2 tu enjoy jalan2.. hihi :)

Cik Itah@RRP said...

seronok ja tengok bebudak tu :)

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen di blog Kancil 8349

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...