Rakan Blogger

Tuesday, January 31, 2017

Guru Sidang Pagi Versus Guru Sidang Petang

Assalamulaikum dan salam satu Malaysia.

Tajuk ini bukan menggambarkan keadaan guru dua sidang di sesuatu sekolah. Ia menceritakan mengenai keselesaan berada di dua sidang. Kelebihan dan kekurangan berada di dua sidang. Sabah merupakan negeri yang paling banyak sekolah mempunyai dua sidang. Lebih-lebih lagi daerah Tawau yang memiliki lebih 50 buah sekolah rendah. 

Sidang pagi
Kancil lebih suka berada di sidang ini kerana banyak perkara dan aktiviti yang boleh dilakukan. Awal pagi bangun. Pergi kerja tidak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Cuaca masih sejuk. Yang paling best, selesai sekolah boleh semak kerja murid, melatih aktiviti sukan dan sebagainya. Kelemahan berada di sidang ini, mudah dipantau oleh pemantau atau pelawat. Banyak aktiviti berlaku pada waktu pagi dan kadangkala sesi kelas dibatalkan. 

Sidang petang
Kancil pernah berada di sidang petang. Boleh sambung tidur selepas solat subuh. Boleh buat persediaan Pdp sebelum sekolah bermula. Tapi selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Masa ini cuaca panas. Masuk kelas belum cerita lagi. Aktiviti melatih sukan hanya boleh dibuat pada hari Sabtu. Lepas sekolah, mesti penat sangat. Kekadang lupa semak kerja murid. Hehehe...

Ini sekadar pandangan peribadi Kancil sahaja. Banyak lagi cuma tidak mahu cerita panjang. Ikut kesesuaian guru yang mana selesa. Bagi Kancil, rela di sidang pagi. Kerana boleh buat banyak aktiviti sebelah petang. Jika ada yang kurang setuju dengan kenyataan Kancil. Itu hak korang.

Sekian dan terima kasih.

Monday, January 30, 2017

Tahun Baharu Dunia Baharu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Tenggelam timbul blog Kancil nie. Macam bersarang lama tidak aktif di dalam dunia maya. Tahun ini Kancil berusaha untuk aktif semula. Semoga niat Kancil tercapai. Tahun lalu pun begitu tetapi ada sahaja halangan.

Halangan masa dan tenaga. Insya Allah Kancil akan memperbaikinya. Sekarang sudah masuk bulan dua baru plak aktif. Bukan apa, Kancil sudah berpindah dari sekolah baharu dan masih sedikit samar dengan dunia nyata. Hehehe...lambat betul mahu mengadaptasi diri. Sebenarnya banyak perkara perlu dibuat.

Serba sedikit kejadian tahun lalu yang Kancil lalui. Ingin dikongsi bersama rakan - rakan di dunia nyata.

Cerita 1 : Anak Tidak Sihat
Tahun lalu, tahun paling perit Kancil sekeluarga lalui. Tahun yang menduga dalam kehidupan kami sekeluarga. Anak nombor dua Kancil dapat penyakit sawan. Pelbagai usaha telah kami cari. Tenaga dan wang rezeki jangan ceritalah. Memang sedih kami sekeluarga. Alhamdulillah, bulan 7 tahun lalu anak Kancil pulih sedia kala. Namum perlu rawatan susulan. 

Cerita 2 : Filem Pendek "Kami"
Pada bulan 8 tahun lalu, Kancil sukarela membantu seorang rakan guru untuk membuat filem pendek. Kira setiap tahun sekolah ini akan membuat filem pendek. So, Kancil ingin terlibat sama dalam pemikinan filem pendek ini. Kancil sebelum ini biasa dengan drama pentas dan ini peluang terbaik untuk menceburi bidang dalam pemikinan filem pendek. Kancil membuat skrip dan jalan cerita filem tersebut. Peluang yang terbaik Kancil dapat. Sasaran filem ini adalah menyertai Festival Filem Pendek Peringkat Kebangsaan. Namun bukan rezeki kami untuk ke sana. Hanya mampu berjaya di peringkat daerah Tawau saja. Namun Kancil bersyukur kerana ini percubaan pertama kancil dalam pemikinan filem pendek berjaya di Tawau. Insya Allah tahun ini akan memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam filem pendek. 

Cerita 3 : Pasukan Tarian Igal - Igal
Kancil bersama seorang guru perempuan diberikan kepercayaan oleh guru besar untuk membentuk satu pasukan tarian igal - igal peringkat sekolah. Pasukan ini diwujudkan bagi tujuan sebagai penari persembahan kepada pelawat - pelawat sekolah yand datang mengunjungi sekolah Kancil sekarang. Persembahan pertama kami apabila membuat persembahan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Tawau.


Kami membawa dua persembahan tarian iaitu Tarian Zapin dan Tarian Igal - Igal. 

Setakat ini sahaja perkongsian Kancil. Insya Allah Kancil akan kongsikan banyak cerita. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil. 

Friday, November 4, 2016

Salah Faham

 Assalamualaikum...

Minggu ini adalah giliran Kancil bersama rakan-rakan guru bertugas. Bertanggungjawab mencatat kehadiran murid di papan kenyataan, menjaga waktu semai, memastikan makanan RMT di kantin, menjaga kebajikan murid yang tidak sihat dan menjaga keselamatan murid pada waktu pulang. Sebenarnya banyak lagi...esok kali belum tentu habis...heheheh...

Berbanding kerja dulu masa office, amat berbeza. Yang penting jaga meja, jaga kerja. Balik ke rumah tidak bawa kerja. Tapi itu dulu...Hari nie Kancil ingin kongsikan cerita yang berlaku di sekolah lewat petang tadi.

Seorang ibu mengadu bahawa anak perempuannya tidak pulang ke rumah. Bila mendapat berita seperti ini memang panik kami dibuatnya. Mulalah kengkawan sekolah bertanya. Murid tersebut murid tahun 1. Rupanya bapa murid perempuan tersebut telah mengambilnya dan membawa pergi ke kedai makan. Dan kerana terlupa memaklumkan kepada si ibu. Si ibu pun panik.

Begitulah situasinya di sekolah...macam macam cerita...

Thursday, November 3, 2016

Karnival Mata Pelajaran Peringkat Sekolah

Assalamualaikum...

Pada minggu ini dan minggu depan, sekolah kancil akan menganjurkan karnival mata pelajaran peringkat sekolah yang mana semua panitia matapelajaran membuat program masing -masing. Pada hari ini, panitia Agama Islam membuat program seperti bercerita, hafazan, tilawah Al Quran dan Pertandingan Azan.

Kancil turut menyumbangkan tenaga dalam karnival nie. Dilantik sebagai hakim bercerita dalam program Agama Islam. Program ini diadakan bagi membuat persediaan pada pertandingan peringkat zon bandar selatan tahun hadapan. Yang mana sekolah kancil terpilih menjadi tuan rumah.

Pada tahun 2011, kancil pernah terlibat dalam MTQ peringkat Zon Bandar Selatan. Waktu itu Kancil di SK Batu Payong bersama rakan blogger kancil iaitu Gen2Merah. Sebelum kancil dipindahkan ke SK St Patrick. Tahun hadapan, Kancil berada semula di Zon Bandar Selatan.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, November 2, 2016

Sekolah Baharu...

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia maya. Sibuk situ sana sini menyebabkan blog nie bersarang tanpa maklumat yang ingin dikongsi. Alhamdulillah, kancil berpeluang mencoret sesuatu di dalam blog nie. Bilangan follower pun sudah kian berkurangan. Kancil tahu ada di kalangan rakan maya sibuk dengan urusan masing - masing.

Akhir tahun lalu, Kancil memohon perpindahan sekolah dalam daerah. Percubaan kali kedua membuahkan hasil walaupun peluang untuk berpindah adalah 0%. Mana tidaknya, Kancil baru 4 tahun di sekolah ini. Bila mendapat tahu keputusan perpindahan diluluskan, Kancil berasa gembira dan teruja. Sekolah yang kancil dapat tidak jauh dari tempat tinggal. Lebih kurang 10 km jauhnya. 

Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar Tawau dan merupakan sekolah kedua tertua di Tawau. Pertama ialah SK St Patrick bekas sekolah kancil dulu. Alhamdulillah, kancil sudah menjadi warga sekolah ini sejak awal tahun lagi.

Doakan kancil berjaya dan cemerlang sepertimana di sekolah lama. 

Tuesday, June 30, 2015

Raya Tahun Nie Ke Mana?

Assalamulaikum...
Title awal sikit mahu dibincangkan. Masih panjang lagi masa untuk tiba Syawal, namun ndak salah jika kita bincangkan.
Korang raya tahun nie di mana? Bagi yang bujang confirm balik ke kampung halaman. Tapi bagi yang baru mendirikan rumah tangga di awal tahun. Perkara ini selalu dibincangkan. Bagi kancil, kita kena selalu bertimbang rasa dengan pasangan supaya masing masing berpuas hati.
Tahun ini, kancil beraya di kampung halaman di Semporna. Tahun lalu, beraya di Tawau. So bergilir beraya. Bukan tidak berbincang dan sentiasa berbincang dengan orang rumah. Agar tiada yang kecil hati.

Friday, June 5, 2015

Gempa Bumi Di Sabah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Hari ini kancil ingin kongsi pengalaman semasa gempa bumi di Sabah. Memandangkan masa ini cuti sekolah, kancil membawa keluarga ke Kota Kinabalu. Menginap di hotel selama 3 hari. Awal pagi, kancil memandikan anak-anak kancil. Bergembira bersama anak di bilik mandi hotel. Selesai mandi, kancil ingin membuka pintu bilik mandi...tiba-tiba kancil seperti pening kepala dan lekas keluar dari bilik mandi. Keadaan dalam bilik semua bergoyang. Kancil terus menuju ke tingkap dan melihat parit  besar di tepi hotel. Ternampak kocakan air. Bermakna gempa bumi melanda bumi Sabah.

Suara bising kedengaran di luar bilik hotel. Para penghuni hotel bergegas keluar dari bilik. Kancil rasa tiada lagi gempa bumi. Terus membuka Facebook dan melihat status rakan bahawa ada gempa bumi dalam pukul 7.15 pagi. Kancil terus meminta isteri mengemas barang untuk keluar dari KK. Lebih kurang 11 pagi, kancil bergerak balik ke Tawau. Ada rakan memaklumkan bahawa ada runtuhan batu di Ranau. Bimbang ada gempa susulan, kancil nekad balik ke Tawau.

Sehingga kini, kancil ndak selesa berdiri mahupun duduk...masih terasa gegaran yang kuat. Pernah terjadi sekitar tahun1991 namun tidak kuat seperti pagi tadi. Mana tidak menginap di tingkat 10. Sehingga sekarang ada gempa susulan pada pukul 12.10 tengah hari dan 9.15 malam tadi.

Semoga semua selamat terutamanya para pendaki yang terkandas di puncak gunung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...