Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Agak lama kancil tidak buat entri. Memandangkan ramai rakan blogger menanti entri terbaru Kancil. Kancil rasa terharu dan rasa dihargai. Terima kasih semua. Minggu lalu, sekolah Kancil telah mengadakan sukan tahunan peringkat sekolah. So banyak kerja perlu diuruskan. Lebih - lebih lagi Kancil dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sukan.
Namun bukan itu yang ingin Kancil kongsikan. Kancil nak kongsikan rasa gembira di atas kejayaan anak didik Kancil mendapat naib johan perbarisan Unit Beruniform. Usaha yang dilakukan selama 2 minggu akhirnya berhasil. Kancil rasa gembira dan teruja kerana mereka dapat melakukannya. Dan ini merupakan pencapaian pertama Kancil sebagai guru penasihat dalam kawat perbarisan.
Tahniah kepada semua kadet TKRS SK St Patrick yang menyertai perbarisan sempena Sukan Tahunan peringkat sekolah. Mengingatkan kembali 2 minggu lalu, bilangan ahli kadet mencukupi untuk membentuk satu perbarisan. Namun, bilangan berkurangan dari hari ke hari kerana mereka tidak tahan dengan latihan yang bagi Kancil tidak berat berbanding dengan pasukan perbarisan yang lain. Cuma 1 jam sahaja berbanding pasukan lain 4 jam sehari.
Hanya 16 orang yang menyertai perbarisan tersebut. Walaupun bilangan sedikit namun anak didik kancil tidak rasa malu malah berani maju ke hadapan. Hasilnya mereka mendapat tempat kedua selepas PBSM sekolah. Kancil rasa bersyukur dan gembira di atas kejayaan mereka. Tahun lalu mereka mendapat tempat keempat. Faktor kekalahan disebabkan bilangan ahli kurang dan berhenti ketika memberi hormat.
Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang latihan perbarisan dan kemuncak sukan sekolah.
Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang latihan perbarisan dan kemuncak sukan sekolah.
Latihan perbarisan dan pasukan TKRS sedia untuk berkawat
Membaca doa dan mendengar ucapan Pengerusi PIBG
Wira - wira Kadet TKRS
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
p/s : tahun depan ingin merangkul Johan Perbarisan Unit Beruniform








