Rakan Blogger

Tuesday, July 31, 2012

Tertarik Dengan Keindahan Alam Dalam LaguStacy - Pelangi Senja

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil ingin kongsikan video klip terbaru Stacy di mana video ini dibuat di daerah Semporna tempat kelahiran Kancil. Antara pulau di dalam video ini ialah Pulau Maiga dan Pulau Bumbum. Cantik...Kancil sendiri belum pernah ke sini lagi. Dalam video ini juga ada Pulau Orang Tua Tidur. Nak tahu...jomlah layan..pasti menyukainya

Lebuhraya Sandakan - Kota Kinabalu (Batu 32 ke Telupid)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Lebuhraya seterusnya merupakan lebuhraya yang paling mencabar di Sabah. Itu mengikut pandangan Kancillah. Sebab, kiri dan kanannya merupakan kawasan hutan simpan yang luas. Silap hari bulan pemandu boleh jumpa binatang buas melintasi lebuhraya. Untuk makluman rakan - rakan blogger, lebuhraya di Sabah merupakan milik kerajaan negeri.

Jarak perjalanan dari Batu 32 Sandakan ke Telupid ialah 78 km. Walaupun ndak jauh namun kebanyakkan jalannya adalah berbukit. Orang Sabah kata disinilah kita akan mendaki banjaran gunung. Ada satu jalan yang lurus namun struktur jalan tersebut ndak elok. Untuk makluman, ada kawasan yang tidak mempunyai line telefon mahupun kawasan perkampungan. Jika terjadi apa - apa pada kenderaan kita. Kita hanya bergantung pada pengguna lebuhraya yang lain.

Kalau musim cuti sekolah, jalan raya nie akan sentiasa sibuk berbeza dengan bukan musim sekolah. So, kalau terjadi apa - apa pada musim tersebut, ada orang sentiasa membantu. Beza kalau bukan musim cuti sekolah. Mahu menunggu kenderaan lain datang dari arah sama mahupun bertentangan mengambil masa berjam - jam. So pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik.

Apa yang lebih penting kurangkan kelajuan semasa memandu di kawasan hutan simpan. Kita tidak pasti haiwan apa yang akan keluar dari semak kiri dan kanan jalan. Memang cantik dan indah melalui kawasan lebuhraya ini. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Monday, July 30, 2012

Istimewanya Lebuhraya Lahad Datu - Sandakan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari tu, Kancil cerita mengenai lebuhraya Tawau - Lahad Datu. So entri kali nie Kancil ceritakan mengenai lebuhraya yang seterusnya iaitu Lahad Datu - Sandakan. Jarak perjalanan ialah 120 km dari bandar Lahad Datu. Kawasannya sama dengan lebuhraya sebelumnya namun pemandangan air laut sudah tidak kelihatan. Ini kerana jalan raya menuju ke kawasan pedalaman Sabah.

Terdapat dua buah sungai besar yang kita akan lalui. Iaitu Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Dalam era 90 - an, tiada lagi jambatan pada ketika itu. So kena naik feri dan memakan masa yang agak lama untuk menunggu dan menyeberangi sungai tersebut. Jika air sungai deras maka perkhidmatan feri ditangguh sehingga air reda. Kini, sudah mempunyai jambatan kukuh. Tidak perlu tunggu lagi.

Sempadan daerah Lahad Datu dan Kinabatangan (Sandakan) terdapat satu pekan kecil yang dipanggil Paris. Dahulunya dikenali sebagai Kampung Paris. Bermula dari kampung, ia berkembang menjadi sebuah pekan. Malah ia sebagai pusat perhentian antara dua daerah. Setelah melalui kawasan nie, kita akan menemui bandar Kinabatangan. Sama juga macam Paris. Dari pekan kecil ke bandar  kecil. Ia juga merupakan pusat perhentian antara daerah.

Kemudian akan menemui satu daerah yang dipanggil Sukau. Tetapi ia terletak jauh dari lebuhraya Lahad Datu - Sandakan. Kancil hanya sekali je masuk ke kampung Sukau nie. Disinilah ada Gua Gomantong yang mempunyai cerita lagenda tersendiri. Selepas itu, ada satu tempat yang paling popular dengan udang air tawar, iaitu kampung Sagulid. Bagi yang balik ke Kota Kinabalu atas sebaliknya, mereka pasti akan singgah ke sini.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Diganggu Benda Halus

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Rasanya, ramai di antara rakan blogger pernah melalui peristiwa seram. Paling kurang sekali seumur hidup. Begitu juga dengan Kancil. Namun Kancil nak katakan ia seram, benda tu ndak juga menganggu. Tapi ia membuat Kancil ndak sedap duduk sepanjang perjalanan.

Kisah nie Kancil alami sewaktu balik ke Tawau dari Kota Kinabalu. Kancil drive sendiri dan ditemani isteri tersayang. Kalau ndak silap, isteri Kancil mengandungkan anak pertama Kancil. Memang satu kebiasaan bagi Kancil kalau nak balik kampung. Kancil akan bergerak seawal 3 pagi.

Tujuannya untuk menggelak bertembung dengan lori dan cahaya matahari yang terbit dari timur. Kalau bergerak jam 6 atau 7 pagi, memang lambatlah kita sebab mengekori belakang lori. Time tu, banyaklah lori keluar. Sampai 4 buah lori bergerak. Nak potong / pintas memang berbahaya. Kalau bukan lori, cahaya matahari pulak menjadi penghalang. Kan kawasan Kundasang dan Ranau kawasan berbukit. 

Sebab itu Kancil suka bergerak seawal pagi walaupun ada kabus. Tapi bagi Kancil ia selamat. Tepat pada pukul 3 pagi, kami suami isteri bergerak menuju ke Bukit Kokol. Pendakian memakan masa yang agak lama untuk sampai ke puncak. Lebih kurang 30 minit hingga ke 40 minit. Kekadang 1 jam, tengok pada keadaan cuaca pagi. 

Sampai satu kawasan yang sunyi, Kancil terpandang satu papan tanda di atas jalan. Entah mengapa ia menarik minat kancil untuk memandangnya. Makin dekat makin tertarik. Isteri Kancil pun terpegun. Lebih kurang 6 meter dari tempat papan tanda, tiba - tiba ia bertukar menjadi seorang manusia yang ditimpa kemalangan. Papan tanda yang kami lihat sudah tiada dan kini hanya seorang manusia terduduk di atas jalan sambil melihat kami.

Kancil ndak bersuara langsung malah meneruskan perjalanan sehingga ke Ranau. Begitu juga isteri Kancil. Kami diam membisu. Setiba di Ranau, barulah kami bertanya sesama sendiri. Syukur alhamdulillah, kami ndak diganggu teruk. Hanya ganggu kecil - kecil...kira ditakut - takutkan je. Disebabkan itu, Kancil ndak mahu sudah berjalan awal pagi. Bimbang...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Punca Traffik Minggu Keempat Bulan Julai 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil selalu memantau keadaan traffik Kancil nie. Adakala ia turun dan adakalanya naik. Malah entri - entri terdahulu lebih banyak dibaca oleh para pembaca berbanding entri yang terbaharu. Namun, biasalah dalam dunia blog nie. Minggu lalu, hanya seorang yang menyumbang traffik walaupun ada beberapa rakan blogger yang timbul tenggelam. Jom kita terjah dia...


Keyword minggu lalu pun dah berubah. Syukur, keyword yang bermakna dan berguna. Jom kita lihat apa keyword yang dicari oleh para pembaca ;

karnival kaunseling kerjaya 2011 tawau sabah

gambar kawasan kampung

imej bandar semporna

pantai tawau

pensyarah kartun

program guru penyayang

rahsia lelaki yang wanita paro tahu

air keluar dari aircon kancil?

air keluar dari aircon vent kancil?

apa yang ada di lahad datu


Entri yang paling banyak dibaca pada minggu lalu ialah;


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, July 29, 2012

Indahnya Lebuhraya Tawau - Lahad Datu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Beberapa hari lalu, Kancil ada ceritakan mengenai bahayanya memandu pada waktu malam di beberapa jalan raya utama yang menghubungkan antara daerah. Kini, Kancil ingin kongsikan sesuatu yang menarik mengenai jalan raya ini pada waktu siang. Bak kata orang, jika ada keburukan pasti ada kebaikannya. Ndak semuanya buruk je. Hehehe...

Dalam konteks lebuhraya di Sabah ialah laluan utama antara satu daerah ke satu daerah. Bukan macam di semenanjung, lebuhrayanya mempunyai banyak lorong. Ada yang dua dan ada yang empat. Tetapi di Sabah, ia satu lorong je. Macam jalan raya biasa namun ia merupakan jalan raya yang sibuk dengan pelbagai kenderaan yang berulang alik dari satu daerah ke daerah lain.

Jarak perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu ialah 150 km dan mengambil masa antara 1 jam 30 minit atau 2 jam perjalanan. Kebanyakan kawasan di lebuhraya ini adalah berbukit. Kiri dan kanan lebuhraya ini diliputi oleh pokok kepala sawit dan beberapa hutan simpan sepanjang jalan. Yang paling menarik ialah kita boleh melihat pemandangan laut dari atas bukit. Bagi yang memandu kalau nak tengok view macam tu...lebih baik berhenti untuk keselamatan.


Dari Tawau ke Lahad Datu, kita akan melalui daerah Kunak. Kunak atau perkataan remajanya Q-nak merupakan bekas kawasan Lahad Datu. Apabila ia mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Ia keluar dari daerah Lahad Datu. Pernah dilabelkan sebagai bandar koboi sekitar tahun 2000. Kawasan yang menarik di sepanjang jalan ialah Gua Madai, Air Terjun Madai dan tapak sejarah Tingkayu.


Sempadan bagi daerah Tawau - Kunak ialah Sungai Kalumpang dan bagi daerah Kunak - Lahad Datu ialah Sungai Sabahan. Setelah melalui Sungai Sabahan, kita akan melalui kawasan gunung. Gunung ini dinamakan Gunung Silam tapi bagi masyarakat ianya bukit sahaja. Namun dari segi geografi ianya adalah gunung. Di sinilah terletaknya Lembah Danum yang merupakan kawasan yang paling tua di dunia. 


Itu sebahagian cerita mengenai lebuhraya Tawau - Lahad Datu. Insya Allah, Kancil akan kongsikan cerita mengenai lebuhraya - lebuhraya yang lain seperti Lahad Datu - Sandakan, Sandakan - Kota Kinabalu. Apa yang Kancil ceritakan di sini adalah mengikut pandangan dan pengalaman Kancil sendiri dan jika ada kekurangan dan perlu ditambah. Kancil terima secara terbuka dan jangan segan untuk tinggalkan komen di ruang yang disediakan. Sebelum pergi jom kita layan beberapa pemandangan yang pernah Kancil ambil dulu ;




Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, July 27, 2012

Kenapa Jalan Raya Di Sabah Berbahaya Pada Waktu Malam?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Seorang blogger bertanya mengenai kenapa jalan raya di Sabah berbahaya pada pada waktu malam? Ada banyak faktor mempengaruhi keadaan jalan raya di Sabah nie. Kancil akan ceritakan mengikut pandangan Kancil sendiri. Mungkin ada yang tahu daripada Kancil dan sama-samalah kita betulkan atau tambah jika ada yang kurang.

Sebenarnya, ndak semua jalan berbahaya di Sabah nie. Cuma jalan atau lebuhraya antara daerah tu yang berbahaya. Antara faktor yang menyebabkan situasi tersebut ialah 

a) keadaan jalan raya yang ndak bagus

b) tiada lampu jalan sepanjang jalan atau lebuhraya

c) terdapat banyak hutan simpan dan boleh mengundang masalah dengan haiwan - haiwan yang keluar waktu malam

d) sikap cuai pemandu lain yang pentingkan diri sendiri

e) terdapat kawasan keras (sama macam karak)

f) haiwan - haiwan pelihara selalu tidur di atas jalan

g) jalan - jalan di Kundasang dan Ranau adalah berbukit

h) adakalanya jalan raya ditenggelami air banjir

i) ada kawasan tertentu berkabus tebal ndak kira atas bukit mahupun di lembah

Itulah sebahagian sebab mengapa jalan raya nie berbahaya pada waktu malam. Sekitar tahun 20005 hingga 2009, Kancil suka memandu pada waktu malam. Syukur ndak ada perkara yang  merisaukan melainkan pernah diganggu oleh benda halus je.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...