Rakan Blogger

Sunday, July 29, 2012

Indahnya Lebuhraya Tawau - Lahad Datu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Beberapa hari lalu, Kancil ada ceritakan mengenai bahayanya memandu pada waktu malam di beberapa jalan raya utama yang menghubungkan antara daerah. Kini, Kancil ingin kongsikan sesuatu yang menarik mengenai jalan raya ini pada waktu siang. Bak kata orang, jika ada keburukan pasti ada kebaikannya. Ndak semuanya buruk je. Hehehe...

Dalam konteks lebuhraya di Sabah ialah laluan utama antara satu daerah ke satu daerah. Bukan macam di semenanjung, lebuhrayanya mempunyai banyak lorong. Ada yang dua dan ada yang empat. Tetapi di Sabah, ia satu lorong je. Macam jalan raya biasa namun ia merupakan jalan raya yang sibuk dengan pelbagai kenderaan yang berulang alik dari satu daerah ke daerah lain.

Jarak perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu ialah 150 km dan mengambil masa antara 1 jam 30 minit atau 2 jam perjalanan. Kebanyakan kawasan di lebuhraya ini adalah berbukit. Kiri dan kanan lebuhraya ini diliputi oleh pokok kepala sawit dan beberapa hutan simpan sepanjang jalan. Yang paling menarik ialah kita boleh melihat pemandangan laut dari atas bukit. Bagi yang memandu kalau nak tengok view macam tu...lebih baik berhenti untuk keselamatan.


Dari Tawau ke Lahad Datu, kita akan melalui daerah Kunak. Kunak atau perkataan remajanya Q-nak merupakan bekas kawasan Lahad Datu. Apabila ia mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Ia keluar dari daerah Lahad Datu. Pernah dilabelkan sebagai bandar koboi sekitar tahun 2000. Kawasan yang menarik di sepanjang jalan ialah Gua Madai, Air Terjun Madai dan tapak sejarah Tingkayu.


Sempadan bagi daerah Tawau - Kunak ialah Sungai Kalumpang dan bagi daerah Kunak - Lahad Datu ialah Sungai Sabahan. Setelah melalui Sungai Sabahan, kita akan melalui kawasan gunung. Gunung ini dinamakan Gunung Silam tapi bagi masyarakat ianya bukit sahaja. Namun dari segi geografi ianya adalah gunung. Di sinilah terletaknya Lembah Danum yang merupakan kawasan yang paling tua di dunia. 


Itu sebahagian cerita mengenai lebuhraya Tawau - Lahad Datu. Insya Allah, Kancil akan kongsikan cerita mengenai lebuhraya - lebuhraya yang lain seperti Lahad Datu - Sandakan, Sandakan - Kota Kinabalu. Apa yang Kancil ceritakan di sini adalah mengikut pandangan dan pengalaman Kancil sendiri dan jika ada kekurangan dan perlu ditambah. Kancil terima secara terbuka dan jangan segan untuk tinggalkan komen di ruang yang disediakan. Sebelum pergi jom kita layan beberapa pemandangan yang pernah Kancil ambil dulu ;




Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

22 comments:

Aisy Nasiha said...

ai cikgu...mmg indah pemandangan ni...tenang dpt memualakan hari tgk pemandangan mcm ni.

Rapunzeel Cikilolo said...

Memang cantik...

etuza said...

nampak keindahan panorama ciptaanNya, bersyukur kita diberi negara aman ya K

Afiq Yassin said...

aman jer lebuh raya kat sana.. tak banyak sangat kenderaan.. salam comeback dari fiq

iEdA said...

permandangan dia chantek...kalo pagi2, mesti berkabus kn...besh jer rasanya. aah tingkayu penuh dgn sejarah dan tinggalan artifak :)

KY said...

bilalah KY nak sampai situ...

fairus said...

BAGUSNYA ADA LEBUHRAYA, PERMUDAHKAN PERJANANAN..

Anak Wak Mail said...

cantik..sedap mata memandang..

Cik Zai said...

Memang banyak pokok kelapa sawit sepanjang perjalanankan...orang sabah ni suka sangat tanam pokok kelapa sawit...

3no gr33ny said...

tapi pemandangan seklilingnya memang sangat menyejukkan mata memandang ek..

p/s : mungkin banyak puisi yang dapat hamba nukilkan kiranya dengan suasana tu =)

Eera Shera said...

kt highway yg bestnye kalo dpt tgk bukit2..cantik kan

Kancil 8349 said...

Aisy Nasiha :

betul tu...Kancil pun suka dengan pemandangan macam nie

Kancil 8349 said...

Rapunzeel :

terima kasih

Kancil 8349 said...

etuza :

betul tu...Alhamdulillah

Kancil 8349 said...

Afiq :

wah...eya ke...sebab aman tu yang ada bahayanya

Kancil 8349 said...

ieda :

betul tu...salah satu tapak sejarah yang lama

Kancil 8349 said...

KY :

insya Allah ada rezeki akan datang ke sini

Kancil 8349 said...

Fairus :

lebuhraya yang kecil geng

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

betul tu

Kancil 8349 said...

Cik Zai :

tu syarikat luar yang gi tanam...orang Sabah mana buat semua macam nie...

Kancil 8349 said...

3no :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Eera :

betul tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...