Rakan Blogger

Wednesday, March 18, 2015

Bil Elektrik Paling Murah

Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Tanpa elektrik di rumah, apa benda pun tidak dapat dibuat terutamanya kaki wayang astro, kaki game dan tukang masak sepenuh masa. Bagi segelintir orang, elektrik ini amat penting dalam kehidupan seseorang. Mana tidaknya, semua peralatan elektronik dimiliki setiap orang.

Kancil pun begitu kerana bergantung sepenuhnya pada tenaga elektrik untuk melakukan kerja - kerja sekolah dan blog. Korang pun begitu juga kan... Bila banyak benda kita guna menggunakan tenaga elektrik pastinya kita ada menunggu pada akhir bulan. Untuk mengetahui berapa bil kita guna pada bulan lalu.

Bulan lalu, bil elektrik rumah Kancil RM 35.50 merupakan bil paling rendah sejak Kancil berumah sendiri. Sudah 10 bulan Kancil duduk rumah baharu. Ini merupakan bil paling rendah Kancil terima. Apapun Kancil bersyukur kerana ada hikmah kejadiannya. Semuanya berlaku di sekeliling Kancil. Sebelum ini Kancil diduga dengan pelbagai rintangan dan halangan sehingga rasa tidak senang duduk dibuatnya. Namun Kancil bersabar mungkin ada hikmah Kancil diperlakukan demikian.

Betul kata orang tua, kita mungkin hilang satu perkara yang kita anggap berharga sebenar ada lagi yang lebih baik daripada yang hilang. Kancil amat bersyukur dengan itu. Harap-harap para pembaca pun boleh macam Kancil...

Terima kasih

Sunday, March 15, 2015

Cerita Untuk Mereka

Assalamualaikum...

Baru - baru ini, Kancil masuk kelas ganti. Kancil bercerita mengenai kehidupan Kancil sebagai pensyarah kolej.  Murid - murid berasa teruja mendengar cerita kancil. Dan bagi Kancil sudah lama tidak bercerita mengenai pengalaman tersebut di hadapan anak murid. Kalau tidak silap di dalam blog pun Kancil tidak pernah bercerita.

Apapun, Kancil akan cuba berkongsi cerita dan mengapa kancil muncul semula disebabkan mereka, anak didik Kancil. Tahun 2013, Kancil telah menarik minat ramai murid untuk membina blog dan alhamdulillah...sehingga sekarang ada yang masih aktif. Dan mereka pula tbertanya khabar mengenai Kancil. 
Generasi baharu pun, Kancil kena tekankan. Melalui ini, mereka akan banyak membaca dan banyak mencari ilmu seperti mana yang berlaku pada tahun 2013. Satu tugas baharu untuk Kancil. Semoga ia berjaya demi anak bangsa kita sendiri.
Sekaian dan terima kasih.

Saturday, March 14, 2015

Cuba untuk kembali

Assalamualaikum....Salam satu Malaysia...

Agak lama Kancil menyepi, kira berdebu dan bersarang sudah ini blog. Entah ke mana semua pembaca setia Kancil...Minta maafkan bebanyak kepada semua rakan. Insyaallah kancil cuba kongsikan seberapa ilmu dan pengalaman kepada semua rakan...semoga Kancil kembali aktif seperti dahulu.

Tahun ini, kancil bersama rakan guru baharu telah mencipta sejarah baharu dalam acara olahraga. Kami berjaya mendapat johan keseluruhan. Kejayaan ini berulang seperti tahun 2013. Alhamdulillah, ini semua kerjasama guru guru dan ibu bapa di sekolah. Mereka menyokong sepenuhnya kepada kami dan anak anak didik kami.

Bulan ini, kami berdua diberi kepercayaan untuk membawa dan melatih pasukan bola tampar ke peringkat lebih tinggi. Walaupun murid murid tidak pernah berlatih tapi kami yakin boleh melakukannya. 

Itu je yang boleh kancil kongsikan...doakan kejayaan kancil.

Monday, October 27, 2014

Lima Bulan Yang Lalu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Lama benar Kancil menyepi seperti tahun nie banyak benda tidak dapat dikongsi. Sedangkan pelbagai aktiviti Kancil sertai sepanjang tahun. Kebetulan hari ini, barulah terbuka blog untuk berkongsi cerita dengan rakan blogger. 

Murid - murid Kancil sendiri pun bertanya mengapa sepi je blog cikgu mereka. Dan acapkali Kancil akan menjawab, masa tidak mengizinkan Kancil untuk bercerita. Mereka lebih suka kalau apa yang Kancil ceritakan di kelas dapat diceritakan di dalam blog ini. Kononnya sebagai panduan dan ingatan untuk mereka.

Insya Allah, tahun depan Kancil akan update selalu blog ini. Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi singgah ke sini walaupun lama menyepi. Dan terima kasih juga kepada semua pembaca yang sudi kongsi cerita Kancil ini.

Semoga kita dipertemukan lagi....

Wednesday, May 7, 2014

Lama Benar Menyepi

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Sudah lama Kancil tidak mengusik blog nie. Tidak sangka kesibukkan Kancil di tempat kerja menyebabkan banyak maklumat tidak dapat dikongsi bersama. Kebetulan Kancil sibuk mengurus rumah baharu. Hingga penat tidak terhingga. Hehehe...walaupun ada masa terluang tapi hati masih berat untuk menulis sesuatu di dalam ini

Insya Allah, jika Kancil diberikan peluang. Kancil akan membalas kunjungan kalian dan Kancil berharap kalian memahami keadaan Kancil sekarang nie. 

Terima kasih semua

Monday, February 24, 2014

Suasana Kawasan Tanjung Batu Lahad Datu (Tanduo)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sudah setahun berlalu, kisah yang menyeramkan berlaku di kawasan Sabah khasnya di Lahad Datu. Walaupun jarak lebih 300 km, Kancil di Tawau berasa bimbang dan takut mengenai insiden pencerobohan tersebut. Memang huru hara keadaan di Sabah khasnya di Pantai Timur nie. Bimbang melarat ke kawasan yang aman.

Pada November tahun lalu, Kancil sekeluarga melawat kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian. Untuk makluman, kali pertama Kancil datang ke sana pada tahun 1995. Ketika itu, jalan raya masih tanah merah dan dipenuhi oleh hutan tebal. Sekarang, ia jauh berbeza. Lebih - lebih lagi keadaan rumah yang terbakar dan terkena peluru. Memang menyeramkan ketika tiba di kawasan tersebut. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil...


Pintu masuk ke Tanjung Labian dan laluan masuk ke Tanjung Batu
  

 Suasana yang sunyi dan keadaan rumah yang dibina semula


Kawasan sekolah SK Tanjung Labian dan bekas rumah terbakar oleh penganas
  

Rumah mangsa yang musnah yang serang pengganas

Ketika melalui kawasan kampung tersebut. Kancil dapat merasakan keperitan yang mereka lalui semasa pencerobahan. Ada rumah kedai yang hangus terbakar. Kenderaan yang rosak akibat diserang dan diletupkan, Bayangkan penduduk kampung berada di situasi tersebut. Walaupun, tiada nyawa penduduk yang terbunuh tetapi membuatkan mereka trauma berada di sini. Ada beberapa rumah yang elok tetapi dibiarkan kosong. Seperti penghuninya sudah berpindah dan tidak mahu tinggal di kawasan ini.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, February 18, 2014

Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Pada tahun lalu, SK St Patrick Tawau telah menganjurkan Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan. Entri sepatutnya dibuat pada tahun lalu tetapi kesibukan tahun lalu tidak dapat dielakkan. Tujuan sebenar Kem ini untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rancak diperkenalkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh yang demikian, penganjuran kem ini amat dialu - alukan sesuai dengan kehendak dan tujuan program.

Memandangkan sekolah kami merupakan gred A dan amat menitik beratkan PdP. Kem ini dianjurkan selama 2 hari dan dilaksanakan di sebelah petang sahaja. Seramai 30 orang murid dan 3 orang guru penasihat yang terlibat dalam menjayakan program ini. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik walaupun bilangan sasaran tidak mencapai. Namun objektif kem nie berjaya dan telah tercapai. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa kem tersebut.


Penyelaras Ustaz Rusli memberi taklimat dan para peserta yang telibat
 

Para peserta mendengar taklimat dan aktiviti di luar kelas

 

Para peserta gembira melaksanakan LDK luar kelas

Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...