Rakan Blogger

Tuesday, November 6, 2012

Jamuan Akhir Tahun 2012 SK St Patrick, Tawau

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Pada hari Sabtu lalu, SK St Patrick Tawau telah mengadakan dua acara. Pada waktu pagi, semua guru hadir pada mesyuarat akhir tahun dan pada malamnya jamuan akhir tahun. Memang meriah acara kami. Pastinya ada cerita - cerita lucu walaupun sedang menghadiri mesyuarat.

Pada waktu malam, hujan turun dengan lebatnya. Hampir keseluruhan jalan - jalan di bandar ditenggelami bah. Paras buku lali je. Tapi kalau ndak hafal jalan..ada yang masuk parit. Kancil tiba awal di Marco Polo Hotel kerana Kancil merupakan salah seorang AJK Pelaksana dalam majlis jamuan tersebut. Seramai 50 orang yang hadir pada malam tersebut termasuklah ahli lembaga St Patrick. 

Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar dan pengerusi lembaga St Patrick. Seterusnya menjamu selera. Kancil dan ajk lain terpaksa menunggu kerana mengurus persiapan untuk acara cabutan bertuah dan permainan bahasa isyarat. Selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah dan diselang seli dengan bahasa isyarat.

Kancil yang bertanggungjawab dalam mengendalikan permainan bahasa isyarat. Sebanyak 6  kumpulan dibentuk dan setiap kumpulan kena menghabiskan 12 perkataan dalam masa 2 minit. Pasukan yang menang ialah Ustaz Rusli dan Cikgu Rusnah. Mereka dapat menjawab semua soalan.

Dalam majlis tu, Kancil bersyukur kerana dapat hadiah cabutan bertuah iaitu barangan elektronik. Berbanding tahun lalu, Kancil dapat minyak wangi je...hehehe...tepat pada pukul 10 malam, majlis berakhir dan kami semua pun balik ke rumah masing - masing. Berharap tahun depan dapat jumpa lagi, Kerana malam tersebut telah diumumkan dua orang guru dapat pindah ke tempat asal mereka masing - masing...tahniah kepada mereka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

8 comments:

Jahirah said...

bertuah tu cikgu dapat hadiah cabutan bertuah....tahniah...:)

Anonymous said...

macam seronok pulak jadi cikgu nih.. tak gitu encik kacil?

:)

3no gr33ny said...

barangan elektronik berbaloi ler ek..hihi. =)

Unknown said...

tahniah kancil...... berbaloi dgn apa yg kancil lakukan..... bertuah lagi.....

aizamia3 said...

tahniah.. ;)

Rusnah Jumat said...

Yey!!!Saya menang!!! hehe

Unknown said...

salam,
Jamuan makan yang best terutama gambar gue dgn cikgu Rusnah.

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...