Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Bulan September 2005, Kancil ditimpa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Klang Lama. Kemalangan yang tidak melibatkan kenderaan lain. Hanya diri sendiri je. Punca sebab ndak biasa dengan keadaan jalan di lebuhraya tersebut. Sejauh 50 km dari tempat kemalangan Kancil bergerak menuju ke Banting.
Akibat kemalangan tersebut, lutut kiri Kancil dah berparut sehingga sekarang. Malah ada masanya berasa sakit bila berdiri terlalu lama. Kancil telah diminta oleh mak bapa Kancil dan kekasih hati Kancil untuk membeli sebuah kereta demi keselamatan Kancil sendiri. Pada 13 Disember 2005, Kancil mendapat kereta baru. Warna Maroon adalah pilihan warna kedua Kancil sendiri. Memandangkan ia lain dari yang lain. So pilihlah warna tersebut sebab tiada orang suka dengan warna itu.
Masa dapat kereta nie, Kancil belum ada lesen memandu lagi. Ada sebenarnya tapi masih lagi "L". Dalam tempoh 2 bulan, Kancil memandu kereta Kancil ke pejabat yang jaraknya 4 km dari rumah sewa Kancil iaitu di Kampung Likas KK. Manakala motorsikal Kancil, Kancil jualkan kepada rakan Kancil kerana bimbangkan keselamatan motor tersebut. Takut kena tapau orang yang ndak bertanggungjawab.
Bermula pada bulan 2 2006, Kancil telah mula memandu kereta Kancil keluar dari Kota Kinabalu. Perjalanan pertama menuju ke Lahad Datu kemudian ke Semporna dan akhirnya ke Tawau. Di Tawau tu jumpa kekasih hati. Nak tunjuk kereta baru..hehehe...Alhamdulillah, pengalaman pertama Kancil ditemani oleh sahabat Kancil semasa kerja di Kolej Yayasan Sabah. Beliaulah yang banyak mengajar Kancil semasa membawa kenderaan. Beza jalan di bandar dengan jalan jarak jauh nie.
Sudah 7 tahun, Kancil memakai kenderaan nie. Alhamdulillah, ia sudah banyak membantu kehidupan Kancil sekeluarga. Kira jasa yang besar bagi Kancil. Seingat Kancil, Kancil pernah bawa ke Lawas (Sarawak), Labuan, Papar, Kudat, Ranau, Sandakan, Tungku, Sahabat 16, Kota Belud dan Kota Marudu. Hampir seluruh Sabah menjelajah. Kecuali kawasan Pedalaman Sabah...ndak layak kereta kancil masuk ke sana...hehehe...
Semasa berada di KK, kerap 2 bulan sekali Kancil balik ke Tawau. Isteri Kancil orang Tawau...Dengan kenderaan Kancil nielah Kancil berulang alik. Walaupun dengar cerita pasal kemalangan ngeri di beberapa kawasan di Sabah...namun Kancil ndak gentar malah sentiasa berdoa sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.