Rakan Blogger

Friday, February 1, 2013

Kejohanan Catur Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Selesai kejohanan catur peringkat zon Bandar, sekali lagi SK St Patrick menjadi tuan rumah untuk peringkat Daerah. Dan sekali lagi, Kancil bekerja lebih masa untuk memastikan kesemua peralatan dan persiapan berjalan dengan lancar. Bukan setakat Kancil, tetapi rakan - rakan seperjuang juga bertungkus lumus untuk memastikan kejohanan ini meriah.

Tarikh yang dicadangkan ialah 29 hingga 30 Januari 2013 bersamaan hari Selasa dan Rabu. Sebab itu Kancil ndak update blog dalam beberapa hari nie. Sebab sibuk mengurus kejohanan peringkat daerah. Sebanyak lima zon menghantar wakil mereka masing - masing. Kecuali zon Apas, Zon Balung dan Zon Sebatik tidak menghantar wakil kerana di zon mereka belum ada pemilihan.

Bilangan peserta yang menyertai adalah 42 orang. Setiap zon menghantar 10 orang murid kecuali Zon Kalabakan menghantar 2 orang wakil. Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi dan pertandingan bermula pada pukul 10 pagi. Pada hari pertama, sebanyak 3 pusingan dibuat dan keesokan harinya 3 pusingan juga. 

Juara keseluruhan di menangi oleh Zon Sri Tanjung. Manakala, sekolah Kancil, tiada murid yang terpilih menjadi wakil daerah Tawau. Namun, ini merupakan peringkat permulaan bagi sekolah Kancil untuk mencari bakat - bakat baharu dalam permainan catur. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil untuk perkongsian rakan - rakan blogger.


wajah - wajah peserta kejohanan catur


Puan Sharipah Aini PT Catur 


 Wakil Zon Bandar (kiri) dan Wakil Zon Sri Tanjong


 Wakil Zon Tanjong Batu dan Wakil Zon Merotai


Zon Kalabakan


Antara hadiah yang diberikan kepada pemenang


Gambar kenangan bersama Arbiter dan Para pemenang kejohanan

Para pemenang ini akan mewakili Daerah ke peringkat Zon Tenggara Sabah di Kunak. Semoga mereka membawa nama Tawau ke peringkat kebangsaan. Untuk makluman rakan - rakan, murid perempuan cina di atas gambar ini merupakan pemain catur peringkat kebangsaan. Memang cun cara dia bermain.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

20 comments:

Aisy Nasiha said...

patutla jarang menulis ...cikgu kancil busy memanjang...
orang harapan sekolah ni..
hehe...mcm macam kerja kat sekolah, kan? saya pun petang ni kena pergi ke sekolah lain pasal pandu putrri...telibat dgn unit ko ni mmg banyaklah kerja luar...

QueeN TerataI said...

MAIN catur budak2 ni yer... seriusly Queen xtau nk main catur.. hahaha x pnh main pun catur ni tau...

Remy hazza said...

pandai dieorg main catur...remy tahu sikit2 jer...tak beberapa nak bijak dlm catur nie.....

3no gr33ny said...

hamba memang tabik dengan golongan yang terror catur ni..

izan mama mia said...

dah lama tak main catur..main catur mmg menguji minda

dee said...

tak suka catur. sebab tak reti main. zzzzz

Aien Alien said...

saya tak pandai main catur. kagum dengan orang yang pandai...lebih2 lagi kanak2. hehe.

Aishah Jahirah said...

saya tak reti main catur...kih3

Etuza Ezawarna said...
This comment has been removed by the author.
Etuza Ezawarna said...

wah! hebat ni boleh jg saya apply..apa kelebihan bermain catur ni Kancil, sebab semuanya gunakan kemahiran berfikir, namun boleh tak buat entry apa faedah bermain catur, macam nak anjurkanlah..tau.

Etuza Ezawarna said...

wah! hebat ni boleh jg saya apply..apa kelebihan bermain catur ni Kancil, sebab semuanya gunakan kemahiran berfikir, namun boleh tak buat entry apa faedah bermain catur, macam nak anjurkanlah..tau.

Etuza Ezawarna said...
This comment has been removed by the author.
Empayar Utama said...

Saya dam aji bolehlah, itupun kalah ngan budak-budak

Pn. Sheila said...

alamak... akak xpandai main catur... all the best anak murid semua... hehe

the malay male said...

main dam saya boleh la..hehe

Sekolah Kebangsaan BRANTIAN Tawau said...

saya ble minta tolong tak? nak contoh borang pemarkahan pertandingan catur ni. kami jd tuan rumah utk peringkat zon..tp xda pengalaman dlm pengelolaan. ni email sek sy, xba3076@gmail.com

nabil gp said...

saya juga ingin meminta tolong untuk melihat borang pemarkahan pertandingan catur dan syarat pertandingan yang diserahkan kepada setiap pihak sebelum hari bertanding. sy pun xda pengalaman dalam pengelolaan catur. diharap cikgu kancil dapat membantu saya. ni emel saya

nabilgp1109@gmail.com

terima kasih

MAZIRA BINTI WAHAB said...

klik catur Tawau...nampak blog nie.....ahaaa ada gambar arbitarnya tu yang pakai baju biru.....hehehee

Chatrine Chin said...

Bagaimanakah nak melibatkan diri dalam pertandingan catur daerah Tawau 2016?

Kancil 8349 said...

Chatrine Chin : sila berhubung dengan guru anda di sekolah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...