Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Seterusnya Kancil bawa rakan - rakan melalui lebuh raya seterusnya iaitu lebuh raya Lahad Datu - Sandakan. Jarak perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit jika membawa kelajuan 80 kmsjm. Ndak laju kan...lagi pun jalan raya ndak berapa baik sebenarnya. So, kena berhati - hati sepanjang perjalanan.
Inilah jalan raya ke Sandakan...cantik kan? Gambar di sebelah merupakan sekolah luar bandar iaitu SK Sandau Lahad Datu. Dahulunya sekolah papan dan sekarang dah bertukar wajah. Kancil belum lagi ke sana...tengok je dari jalan. Sekolah nie merupakan kawasan Kinabatangan tetapi hampir dengan Lahad Datu.
Gambar di atas nie ialah simpang ke Jeroco. Di sinilah sekolah luar bandar nombor satu di Lahad Datu. Dan gambar sebelah kanan ialah tempat perhentian antara Lahad Datu dan Sandakan yang dikenali sebagai Kampung Paris. Kalau mahu gi Paris...ndak payah jauh - jauh. Hehehe...
Gambar sebelah kiri merupakan jambatan Sungai Kinabatangan. Dahulu pakai feri je kalau mahu pergi sebelah sungai. Kekadang lambat kerana arus sungai tersebut. Sebelah kanan merupakan simpang ke Sandakan atau Batu 32 Sandakan. Inilah tempat paling banyak kedai makan dan kedai menjual buah - buahan. Disini juga bas express singgah berhenti.
Gambar di atas adalah stesen minyak Shell. Kancil mesti isi di sini. Takut ndak cukup minyak di perjalanan. Sebenarnya sampai juga ke Ranau tapi takut tiada elektrik nanti di sana. Seperti mana kes sebelum ini. Kancil terperangkap 3 jam menunggu elektrik pulih. So. lebih baik berwaspada sebelum terkena. Hehehe...Kancil akan sambung seterusnya...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tingggalkan komen di blog Kancil 8349.
p/s : insya Allah Kancil akan membaca kunjungan kamu...sibuk kerana dilantik sebagai setiausaha program..
38 comments:
SATU INFO YANG BERGUNA BAGI MEREKA YANG INGIN KE SABAH.. :)
KK..bilalah boleh sampai sana..
buka sekolah ni mmg banyak kerja kan. tapi sempat update blog ni bagus la,
cuti sakan nampaknya
teringin nak ke sabah satu hari nanti.......
Tak pernah sampai Sabah.Best ke?
datang blog sahabat dah semacam hamba berada di Sabah..banyak yang hamba dapat tahu
jauh tu...
berapa lama sandakan ke kk eh?
as salam... cik azue datang vertandang...bilalah cik azue dpt merasa p sana kan...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1
mak saudara smlm berangkat ke kk..lima hari di sana..dia kata nak beli udang galah..kak pesan sekali..katanya seefood murah kat sana..betul ke?
masa anak dara dulu Queen selalu outstation ke KK... atas urusan kerja.. tp sempatlah berjalan2 gak.. ;)
kancil memang bijak, bagus sediakan payung sebelum hujan...bagus
GUNUNG kinabalu bila? hehe
bestnya leh jalan-jalan.huhuhu
wah. pasni tanya2 kalau nak ke sabah. hehe
Jauh juga perjalanan cikgu. Yelah kalau ikutkan luas kawasan negeri Sabah pun dapat bayangkan betapa jauh dari satu daerah ke satu daerah..
terasa macam di bawak menggembara sekali~ sambung lagi kancil!
knapa stesen myak tu tiada logo Shell Kancil ?
ssh jgk ye kat sna...letrik blh putus2x...
Fairus :
terima kasih
izan :
ada rezeki kamu akan datang ke sini juga tu
Aisy :
hehehe...tulah bah...nanti orang datang mencari plak
the malay :
time cuti sekolah bah nie
Remy :
dialu - alukan bah kalau datang ke sini
Scarlett :
datang sendiri baru tahu
3no :
terima kasih
Rapunzeel :
lebih kurang 4 jam atau 5 jam
Kuazue :
terima kasih kerana sudi singgah...insya Allah akan join
Knor :
hehehe...itulah orang kata sebenarnya
Queen :
memang best kan...hehehe
Etuza :
terima kasih
dee :
sabar...akan diceritakan tu
mohd :
ke sini jangan tak ke sini
Kak Zakie :
betul tu...memang besar tempat Sabah nie
dhiera :
inysa Allah
Khairul :
ada logo tu cuma ndak terambil bah
Ayut :
biasalah kalau kawasan besar...lagi pun kes curi elektrik nie biasa di Sabah
seronok tengok tapi ntah bila akan sampai kat sana.. ;)
Post a Comment