Rakan Blogger

Wednesday, January 23, 2013

Dengki Punya Pasal

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat malam kepada semua rakan blogger yang masih belum tidur atau terbaca entri Kancil pada waktu malam..

Mana - mana manusia pasti memiliki sifat dengki di dalam diri mereka. Dan ia bergantung kepada tahap keimanan dan kewarasan mereka. Jika rendah tahap keimanan dan kewarasan mereka maka tinggilah sifat dengki mereka ini. Begitu juga sebaliknya. Kancil dah banyak kali jumpa orang - orang macam nie. Sehingga sekarang masih juga berjumpa.

Kerana dengki punya pasal, timbul lagi satu dosa yang dibuat - buat untuk kesenangan hati orang dengki ini. Iaitu fitnah. Korang tahu juga kan? Fitnah nie ada cerita yang direka untuk menjatuhkan orang lain. Bila orang terima bulat - bulat...nah percaya mereka 100%. Tidak kiralah peringkat pendidikan yang paling tinggi pun pasti terpujuk oleh cerita fitnah.

Macam Kancil postkan di dalam FB kancil beberapa hari dulu

Ada manusia mudah menerima cerita fitnah dari menerima cerita benar pengalaman seseorang....kerana yang buruk lebih mudah diterima daripada baik...so bagi member - member di luar sana...dengar, fahami dan menilai apa yang disampaikan...

Yang Kancil terkilan, mak bapa hantar gi belajar agama siap sekolah pondok lagi di Semenanjung. Tapi kaki pembohong, kaki putar belit dan kaki fitnah dialah yang nombor 1. Itukah yang diajar oleh sekolah pondok tu? Bukan mahu salahkan pihak sekolah pondok tetapi nampak sangat dia belajar hanya lulus sahaja atau erti kata lain cukup makan.

Yang tukang dengar pula nie terima bulat - bulat apa yang disampaikan tanpa usul periksa. Main salahkan orang lain lagi. Nama belajar oversea tapi entah nilai kemanusiaan tu ndak ada. Sehingga lupa siapa yang tua dalam keluarga mereka. Apapun, kita hanya mampu bersabar dengan orang - orang dengki nie. Lebih baik kita lari daripada berdepan dengan orang ini. Kerana makin kau berdepan dengannya makin banyak cerita karut yang akan disampaikannya.

Dan percaya kata Kancil, tiada seorang akan membantu untuk menyedarkan pendengki kerana telah dirasuahkan dengan pelbagai bentuk agar tukang - tukang dengar ini tunduk dengannya. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

12 comments:

fairus said...

BERSABAR SAJALAH.. BIARKAN MEREKA.. SAMPAI BILA DIA BOLEH BERDENGKI..?

Aziela said...

Memang ramai orang yg macam nie walaupun kita cuba pelbagai cara untuk membetulkan keadaan. Bila jumpa jalan buntu, kita berserah dengan Allah. Kalaupun tak cepat, lambat laun pasti akan terserlah, Insya Allah. Cikgu cepat2 lafaz Alhamdulillah yer.


P/S : Cikgu Gen2 Merah apa khabar? Dia tak nak sambung blogging yer?

Aien Not Alien said...

susah kalau dah ada penyakit hasad dengki ni. gelap mata tuli telinga jelah orang sekeliling yg termakan dan terpecaya setiap kata2nya. sabar banyak2 jelah hadapi orang sebegini..

Unknown said...

biasalah tu kancil.. nama pun manusia.. mmg x lps dr penyakit hati ni.. hasad dengki ni.. walau ada ilmu agama yg cukup tp iman x sekuat mana.. keadaan ini tetap akan berlaku..

miss yatie said...

sejauh mana pun kita melangkah, akhlak itu pentingkan kancil...sama2 perbaiki akhlak kita InsyaAllah

Kayu Manis said...

mm orng suka menerima cerita yg buruk2 aje..mmg cpt tersebar.

virus penyakit hati..dah semakin tenat skrg ini.

ayut said...

nilai kemanusiaan..tak dinafikan blja tinggi makin krg..*based on diri sndri* yg pasti kite perbaiki dri sme2x jom! ^^

Unknown said...

Orang dengki memang selalu tak aman hidup.Ada je nak cari salah orang lain. Tak baik gitu..

aReLaN said...

dalam dunia ni memang macam2 jenis manusia ada kan. sabar jela

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen...memang bersabar dengan situasi tersebut...

Unknown said...

sabarlah kancil...manusia kekadang dia lupa seketika...kita doakan dia supaya berubah dan diberikan petunjuk....

Unknown said...

banyak aspek kita kena fikirkan, sebab biasanya yang dengki2 tu mybe penyakit keturunan atau macamana...manalah tahu kan, biar tinggi ilmunya, kadang ilmu yg tinggi tu sebab dia ego. wallhu alam. jujurnya takut jumpa orng yang ketara dengkinya tu..setuju baik elakkan diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...